Friday, September 2, 2022

Sambutan Ambang Merdeka Kg Tok Sangkut meriah

KG TOK SANGKUT – ‘Ambang Merdeka Kg Tok Sangkut 2022’ mendapat sambutan luarbiasa di kalangan penduduk dan kawasan sekitarnya. Dianggarkan lebih 1000 orang yang menghadiri acara yang dinanti-nantikan sejak pendemik Covid19 melanda negara. Mereka datang dengan penuh semangat mengharapkan kesejateraan kampung dan pastinya ingin melihat Malaysia terus maju, aman dan makmur. ALUMNI Kg Tok Sangkut adalah antara alumni yang bergerak aktif di Kelantan. Alumni ini bukan sahaja membantu ahli-ahli di dalam kampung malah juga membantu penduduk-penduduk kampung yang berdekatan seperti Kg Jejawi, Kg Bongor, Kg Luar, Kg Banggol Stol dan kawasan-kawasan berhampiran. Kerjasama dan keperihatinan ahli-ahli alumni yang diterjui oleh cikgu Adnan bergerak senada dengan peredaran zaman dan banyak memberi manafaat kepada ibupenduduk kampung. SYABAS saya sebagai anak jati Kg Tok Sangkut mengucap tahniah kepada cikgu Adnan dan barisan peneraju Alumni Kg Tok Sangkut.
Sumbangan daripada YDP PIBG SK Tok Sangkut Prof Dr Azila B. Mohd Zin Program ambang merdeka antara acara tahunan alumni. Covid19 yang melanda negara menyebabkan sambutan merdeka terhenti seketika hampir 2 tahun. Maka pada tahun ini, setelah pandemik beralih fasa kepada andemik, sambutan bulan kemerdekaan boleh disambut dan dinanti-nantikan oleh warga Kg Tok Sangkut dan kampung-kampung sekitarnya. Inilah masanya masyarakat kampung keluar berpusu-pusu dan bertemu rakan-rakan sepermainan ketika belajar di sekolah. Suatu pengalalamn yang cukup bermakna dikumpulkan di dalam suasana meriah dan penuh dengan semangat kemerdekaan. Sambutan secara besar-besaran ini hanya ada di Kg Tok Sangkut yang dianjurkan oleh barisan alumni yang cukup hebat, orang Kelantan kata ‘Kemah’. ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSATU’, setelah Malaysia dilihat lemah di mata dunia dari pelbagai aspek seperti politik dan ekonomi, kini Malaysia telah melangkah lari dari pandangan negatif orang luar. Malaysia sedang membina semula politik yang lebih matang dan menyusun-atur ekonomi ke arah kemakmuran penduduk. Maka tidak hairanlah apabila pada tahun 2022, penduduk Malaysia mula sedar akan kepentingan hidup bersatu hati dan bekerjasama. Justeru itu, rakyat ingin menzahirkan rasa kegembiraan dan kecintaan terhadap negara dengan berkumpul beramai-ramai secara serentak menjelang ambang kemerdekaan di tempat masing-masing dan Kg Tok Sangkut antara lokasi yang telah mencatat sejarah takkala dihadiri lebih daripada 1K penduduk kampung pada malam itu. Rata-rata penduduk kampung yang saya temui berkata malam itu sungguh meriah tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Ramai penduduk kampung yang datang memberikan sokongan. Sumbangan dari orang perseorangan dan NGO juga banyak diterima oleh pihak alumni. Pelbagai persembahan merdeka diadakan seperti nyayian, sajak, cabutan bertuah dan kemuncak pada malam itu pertunjukkan bunga api. Video sepanjang ambang merdeka boleh dilihat di saluran tiktok mrkopikarat. Penduduk pernah melalui saat-saat sukar ketika pandemik Covid19 dan banjir besar baru-baru ini. Ketika wabak Covid19 sebahagian penduduk terputus mata pencarian kerana tidak dapat bekerja ekoran kawalan pergerakan (PKP) dan ketika banjir besar seorang penduduk kampung dijumpai lemas. Detik-detik itu menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh penduduk. Video ketika banjir besar boleh dilihat di dalam channel youtube Mr Kopikarat. Penduduk melalui semua itu dengan tenang. Kejadian banjir besar ada hikmatnya. Penduduk saling bantu-membantu ketika proses pemindahan penduduk ke lokasi pemindahan banjir. Hubungan silaturahim semakin erat di kalangan masyarakat. Begitulah hendaknya hubungan yang sentiasa utuh walau dalam keadaan apa sekalipun. Di kesempatan ini saya juga ingin mengingatkan kita semua warga Kg Tok Sangkut yang telah meninggalkan kita buat selama-mananya yang pernah menjadi kenangan kepada kita semua. Sedekahlah bacaan Al-Fatihah untuk arwah yang saya sebutkan di sini ataupun yang tidak disebut. Mereka adalah: 1. Arwah tok lebai Jusoh dan isteri 2. Arwah Pakcik Man dan isteri 3. Arwah Mak Mas dan cucunya adikku Mohd Izzat 4. Arwah Paksu Loman 5. Arwah abang Mat dan Kak Mah 6. Arwah Abang Mohd Noor dan isteri 7. Arwah bilal Wak Dollah 8. Arwah Wak Omar dan isteri dan anaknya Maksu Nab 9. Arwah Paksu Daud dan isteri 10. Arwah Abang Zin dan isteri 11. Arwah isteri tok iman Mat 12. Dan kepada semua yang telah meninggalkan kita. Semoga arwah dirahmati oleh Allah swt. Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada program itu kerana masalah kesihatan. Apapun saya selalu menyokong apajua aktiviti yang dijalankan oleh Alumni Kg Tok Sangkut. Tahniah dan Syabas sekali lagi diucapkan kepada Alumni yang diterajui oleh cikgu Adnan dan barisan hadapan alumni kerana bekerja keras untuk menjayakan program sebesar dan segah ini. Galeri Ambang Merdeka 2022