Sunday, January 19, 2020

Persatuan Belia Prihatin 2019



REPEK – Persatuan Belia Prihatin 2019 menutup aktiviti sepanjang tahun lepas dengan sedikit juadah di pejabat rasmi persatuan. Syukur Alhamdulillah, walaupun bergerak tanpa dinaungi oleh mana-mana politik, PBP masih terus GAH dan TERUS HIDUP walaupun dilanda pelbagai cabaran dan kepayahan. Apa yang penting, “KERJASAMA..KERJASAMA..”. Walaupun di kalangan ahli sekadar rakyat biasa tetapi berkat dan rahmat dari Allah swt, PBP dapat melaksanakan aktiviti dengan jamuan yang menyelerakan. Alhamdulillah.

Siapa tidak kenal BILAL MALAYA..pasti tua muda kecil besar mengenalinya. Anak-anak saya pun mengenali Bilal Malaya. Bahkan di media sosial seperti facebook sendiri, nama Bilal Malaya ada yang di’fakekan nama itu dek betapa glamornya nama Bilal Malaya. Akan tetapi sosok tubuh bernama Hamdan Mat ini menjadi bualan di bibir-bibir masyarakat seorang yang ringan tulang membantu walaupun beliau dan keluarga sendiri hidup dalam kesederhanaan. Inilah bagi saya bakal pemimpin yang kita perlukan untuk menjaga kebajikan dan kecaknaan dalam masyarakat.

Persatuan Belia Prihatin sebuah persatuan NGO yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. PBP bersifat neutral kerana PBP akan menyantungi sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk
dibantu. Misi PBP ialah MENCARI & MEMBERI. PBP bergerak mencari dana dan bahan-bahan sebelum menziarahi mana-mana keluarga yang telah dikenalpasti. Itulah cara PBP bergerak. Semoga tidak ada mana-mana pihak yang meragui sumber dana kerana ia datang dari usaha pengerudi, ahli-ahli dan derma-derma. Aktiviti yang dijalankan akan bergantung kepada sebanyak mana dana yang ada.

Di media sosial whatsap, PBP mempunyai ahli seramai 89 orang, manakala di facebook mempunyai seramai 1.9k ahli. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga PBP. Walaupun yang aktif tidaklah searmai itu tetapi PBP percaya suatu hati nanti mereka juga akan tergerak hati untuk turut sama membantu dan memberikan sumbangan kepada persatuan. PBP menghargai setiap ahli di dalam media-media sosial.

Ketika ditemubual oleh rancangan SATU SAMA SATU, pengerusi PBP tuan Bilal Malaya mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai setiap ahli di dalam persatuan. Tanpa mereka, PBP tidak akan boleh bergerak seperti pada hari ini. Harapan Bilal Malaya agar tahun 2020 yang semakin mencabar ini, PBP akan terus mengharungi cabaran dan rintangan. PBP juga berlapang dada untuk menerima ahli-ahli baru di facebook ataupun whatsap. Terima Kasih.

Friday, January 17, 2020

Bilik tidur bak bilik pengantin



BATU KARANG – “Rumahku Syurgaku”, Jauh disudut hati dua beranak ini impikan sebuah rumah sepertimana kita yang mempunyai rumah umpama syurga buat kita dan anak-anak. Semoga kita terus bersyukur dengan apa yang kita ada kerana apa yang kita ada tidak semestinya ada pada orang lain. Namun itulah hakikat sebuah kehidupan. Allah SWT memberi ujian kepada manusia dalam pelbagai cara seperti kaya miskin, sakit sihat, cantik hodoh supaya kita tidak lalai dan selalu mengingatiNya.

Lemah longlai kayuhan ku pada petang ini. Gerimis petang juga turun. Aku berhenti seketika di bangsal buruk tidak jauh dari destinasiku.  Berat rasa kakiku mengayuh apatah lagi tergambarkan kehidupan seorang ibu tunggal Kak Moh dan seorang ada dara berusia 20 tahun. Menumpang di tanah orang. Namun begitu masih meneruskan kehidupan walaupun tidak senang. Kalau nak dikatakan keadaan rumahnya jauh sekali dengan ungkapan ‘Rumahku Syurgaku” tetapi itulah syurga buat mereka. Ke mana lama hendak mereka pergi, itulah satu-satunya tempat berteduh. Tiris atau rosak, itulah kudrat seorang ibu tunggal menampal-nampal bahagian rosak dengan papan kayu atau zin. Berjalan bergagah walaupun dalam keadaan kurang sihat.

Era 2020 katanya zaman kereta terbang.Sepanjang kayuhan tadi tidak nampak pula ada kereta terbang. Adalah burung-burung berterbang-terbangan. Nyaman hidup di kampung. Tidak sesak dek deretan kereta dan asap berkepul-kepul. Persatuan Belia Prihatin seperti sebelumnya aktif membantu golongan daif tanpa mengira apajua latarbelakang, sedia membantu. Syabas kepada saudara Bilal a.k.a pengerusi PBP. Tanpa usahannya PBP tidak akan bergerak dan dibantu oleh ahli-ahli yang sentiasa bersenang hati untuk membantu.

Sepanjang saya mengikuti program PBP ini, rumah Kak Moh ini paling daif. Luluh hati takkala melihat rumah Kak Moh bak lirik nyanyian Khar Bahai (luluh) suatu luahan perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Namun pertama kali bertemu Kak Moh seakan-akan hilang segala tanggapanku terhadap keluarga ini. Walaupun rumah mereka sangat daif tetapi mereka dua beranak tetap ceria melayan kami seakan-akan mereka tidak rasa malu keadaan rumah mereka. Masya Allah,
betullah ungkapan ini, “Rumahku Syurgaku”, sesuatu yang subjektif mengikut pendapat masing-masing. Rumah agam yang gah tidak semestinya menjanjikan syurga kepada pemiliknya. Subhanallah.

Rumah Kak Moh ada dua bahagian iaitu dapur dan bilik tidur. Bagian dapur susah banyak tempat yang tiris. Lantai tidak rata, beralaskan kepingan mozek ‘second-hand’ dan susunan batu bata. Tidak rata macam rumah kita. Bahagian bilik pula tersusun katil dan tilam usang seusang-usangnya. Jadi kami berpakat untuk buang semua yang usang dan menggantikan yang baru. Masya Allah, hasilnya sangat mengagumkan. Kediaman Kak Moh di bahagian dalama telah berumah 360 darjah. Bahagian bilik tidur telah ditukar menjadi bilik ala-ala pengantin hasil ilham ustaz Nan dan HA Man. Luarbiasa pakk..lumayan bangat hasilnya. Apapun kami berpuashati dengan aktiviti memberi dan membersih rumah Kak Moh a.k.a Rumahku Syurgaku milik Kak Moh dan anaknya.

Kayuhan aku setelah selesai program agak laju jika dibandingkan ketika kayuhan ke rumah itu. Hati ada senang..muka ada senyum. Kepada Kak Moh dan anak, jagalah rumah itu sebaik mungkin, Insya Allah akan ada lagi bantuan dari mana-mana pihak yang berhati ikhlas untuk membantu.