Dapur Kayu Tradisional di channel Mr Kopikarat. Dapur kayu mengembalikan zaman dahulu-kala dan mengingatkan kemabli ketika arwah ibu dan ayah. |
Semuanya indah di
kampung. Tidak ada yang tidak seronok di kampung apatah lagi ‘time’ hujan main air hujan dan naik
berbasah-basahan pekena pula kopi panas dan ubi kayu. Arwah nenek suka
menyediakan makanan begitu. AL-Fatihah buat nenek ku arwah Che Mas Che Man
tanpanya hidup kami sekeluarga tidak semeriah sehingga arwah menghembuskan
nafas terakhir di rumah arwah ibu ku. Ku titipkan sejujur dan setulus ingatan
buat arwah ibu ku Che Zaharah Isa seorang yang ibu terbaik dan banyak
pengorbanan arwah. Semoga arwah dirahmati oleh Allah swt.
“Ma..kami rindukan Ma.....”.
Arwah Ma dan Ayah semoga dirahmati oleh Allah swt. |
Kasih
Ibu
Aku masih ingat
Dan akan terus ingat
Sehingga akhir hayat
Dulu engkau banyak menderita
Aku masih ingat
Duu engkau banyak menangis
Aku masih ingat
Dulu engkau banyak berkorban apa saja
Aku masih ingat
Dulu engkau berbalut ketabahan
Membesarkan aku mengenal kemanusiaan
Aku masih ingat
Dulu engkau berlantaikan semangat
Mengasuh aku menjadi insan beriman
Aku masih ingat
Dulu engkau berdinding kegigihan
Mendidik aku menjadi anak soleh
Aku masih ingat
Dulu engkau merumahkan setia
Memelihara aku dengan kasih sayang
Kini semuanya
tinggal kenangan. Kedua-dua ayah dan ibu sudah tiada, Hilanglah tempat
bergantung harap semangat namun tetap meneruskan kehidupan demi kelangsungan
anak-anak pewaris arwah ayah dan ibu ku.
Kelibat arwah tidak
lagi ku lihat namun kenangannya masih menjadi ingatan. Aku mahukan anak-anak
kenal akan asal-usul mereka. Kenal dari mana asal anahnya dan merasai kepayahan
untuk membesarkan mereka. Kanak-kanak hari ini semuanya berada di dalam
kesenangan. Oleh itu, aku akan kembalikan ingatan itu buat mereka agar mereka
tahu dan merasainya.
Dapur kayu pada
ketika itu ada di rumah nenek. Setiap kali aku pulang ke rumah nenek, bahagian
dapurlah yang menjadi ‘port’
kegemaran. Ketika itu menggunkan kayu api dan peniup menggunakan buluh. Masa
itu berebut-rebut dengan adik beradik dan sepupu-sepupu dan tiupkan api. Itu bukan
masa makan lagi. Bersila menunggu nenek bahagikan lauk-lauk. Ada juga
kadang-kadang makan nasi atas pokok...rare..senang lepas makan terus
main..kejar-kejar atas pokok...
Masa cepat berlalu. Kenangan
tinggal kenangan. Gambar-gambar lama masih ada sekeping dua menjadi penawar
takkala mengingatkan mereka. Namun, aku harus melakukan sesuatu agar
anak-anakku kenal dan merasai sekurang-kurangnya sedikit tentang suatu
kehidupan di zaman dahulu kala. Penularan wabak pendemik tidak dijangka oleh
masyarakat dunia. Alhamdulillah negara kita telah pun berjaya menanggani penularan
wabak ini. Ada hikmat disebalik apa yang berlaku.
Misi membuat dapur
kayu tradisional timbul secara spontan takkala masa yang terluang semasa
perintah kawalan pergerakan. Timbul idea dan terus google apa yang patut aku
lakukan untuk memulakan projek mini ini. Tidak pernah bancuh simen, tidak
pernah ikat bata, apatah lagi melakukan kerja-kerja pertukangan. Tengok youtube.
Akhirnya berbekal semangat dan keyakinan aku memulakan langkah pertama membuar
Dapur Kayu Tradisional a.k.a channel Mr Kopikarat. Lokasi itu nanti akan
menjadi tempat santai-santai dan lokasi video ‘review’ masakan Kelantan untuk aku ‘upload’ ke channel ku Mr Kopikarat. Yang belum subscribe itu..jangan
lupa subscribe sekarang...
Proses membuat dapur
kayu memakan masa 3 hari. Video-video proses membuat dapur kayu boleh ditonton
di sini. Jangan lupa komen..tapi jangan kecam Abe..aku dengan semangat waja
memulakn proses menyediakan tapak. ‘part’ paling menyeksakan ialah angkut tanah
dan gaul simen. Aku dapat bayangkan betapa seksa dan beratnya kerja seorang
buruh. Aku 3 hari ini seperti hendak berkecai tulang dan sengal-sengal seluruh
tubuh.
Hari pertama
menampakkan ‘progress’ yang tidak
mengecewakan. Hati aku bertambah ‘gumbira’ takkala melihat kerangka dapur kayu
sudah menjadi seakan-akan dapur kayu..bukan bangsal lembu..Hari kedua,
keterujaan dan tahap testeron ku semakin tinggi. Apa sahaja yang aku paku
menjadi dengan sendirinya..maksud aku..idea-idea itu datang mencurah-curah untuk
menghasilakn dapur kayu ini. Hilang rasa penat lelah dan kekadang terfikir
boleh ker aku buat dapur kayu tanpa aku ada asas pertukangan.
Akhirnya dapur kayu
aku siap. Siap sepenuhnya. Gambar-gambar proses membuat dapur kayu aku telah
pun muatnaik ke laman-laman sosial bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai
pembakar semangat dan berhasrat supaya netizen yang tidak pernah merasai pengalaman
menggunakan dapur kayu boleh melihatnya dan mungkin suatu hari mereka boleh
datang sendiri ke channel Mr Kopikarat untuk menggunakan dapur kayu itu. Datang
saja Abe payung kopi panas air yang dimasak menggunakan kayu api. Perghh...rare...
Alhamdulilah projek
Dapur Kayu a.k.a channel Mr Kopikarat sudah selesai dan projek seterusnya akan
menyusul..tunggu..
Galeri Dapur Kayu