Sunday, June 21, 2020

Dapur Kayu kembalikan zaman dahulu kala..

Heritage Villa, Lubok Jong – Terlalu banyak kenangan yang mendewasakan ku pada hari ini. Dilahirkan di Kota Bharu ketika arwah ayah bertugas di kem askar. Setulus ikhlas bacaan Al-Fatihah buat arwah ayah ku yang meninggalkan kami di rumah kakak di Pengkalan Chepa. Pindah ke kampung tempat asal arwah ibuku. Suatu perkampungan Melayu bagi ku aman dan damai. Aku mula menjejakkan kaki ke sekolah di kampung itu sekitar tahun 1982. Waktu itu kami boleh dikatakan dari bandar dan mempunyai peti televisyen. Takkala itu ramai orang kampung yang menjenguk-jenguk dari sudut beranda untuk menonton TV. Seingat ku ada lagi satu rumah yang mengenakan bayaran setiap kali orang kampung hendak menonton TV..very the vintage..
Dapur Kayu Tradisional di channel Mr Kopikarat. Dapur kayu mengembalikan zaman dahulu-kala dan mengingatkan kemabli ketika arwah ibu dan ayah.
Semuanya indah di kampung. Tidak ada yang tidak seronok di kampung apatah lagi ‘time’ hujan main air hujan dan naik berbasah-basahan pekena pula kopi panas dan ubi kayu. Arwah nenek suka menyediakan makanan begitu. AL-Fatihah buat nenek ku arwah Che Mas Che Man tanpanya hidup kami sekeluarga tidak semeriah sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah arwah ibu ku. Ku titipkan sejujur dan setulus ingatan buat arwah ibu ku Che Zaharah Isa seorang yang ibu terbaik dan banyak pengorbanan arwah. Semoga arwah dirahmati oleh Allah swt. 
Ma..kami rindukan Ma.....”.
Arwah Ma dan Ayah semoga dirahmati oleh Allah swt. 
Kasih Ibu
Aku masih ingat
Dan akan terus ingat
Sehingga akhir hayat
Dulu engkau banyak menderita

Aku masih ingat
Duu engkau banyak menangis
Aku masih ingat
Dulu engkau banyak berkorban apa saja

Aku masih ingat
Dulu engkau berbalut ketabahan
Membesarkan aku mengenal kemanusiaan
Aku masih ingat
Dulu engkau berlantaikan semangat
Mengasuh aku menjadi insan beriman

Aku masih ingat
Dulu engkau berdinding kegigihan
Mendidik aku menjadi anak soleh

Aku masih ingat
Dulu engkau merumahkan setia
Memelihara aku dengan kasih sayang

Kini semuanya tinggal kenangan. Kedua-dua ayah dan ibu sudah tiada, Hilanglah tempat bergantung harap semangat namun tetap meneruskan kehidupan demi kelangsungan anak-anak pewaris arwah ayah dan ibu ku.

Kelibat arwah tidak lagi ku lihat namun kenangannya masih menjadi ingatan. Aku mahukan anak-anak kenal akan asal-usul mereka. Kenal dari mana asal anahnya dan merasai kepayahan untuk membesarkan mereka. Kanak-kanak hari ini semuanya berada di dalam kesenangan. Oleh itu, aku akan kembalikan ingatan itu buat mereka agar mereka tahu dan merasainya.

Dapur kayu pada ketika itu ada di rumah nenek. Setiap kali aku pulang ke rumah nenek, bahagian dapurlah yang menjadi ‘port’ kegemaran. Ketika itu menggunkan kayu api dan peniup menggunakan buluh. Masa itu berebut-rebut dengan adik beradik dan sepupu-sepupu dan tiupkan api. Itu bukan masa makan lagi. Bersila menunggu nenek bahagikan lauk-lauk. Ada juga kadang-kadang makan nasi atas pokok...rare..senang lepas makan terus main..kejar-kejar atas pokok...

Masa cepat berlalu. Kenangan tinggal kenangan. Gambar-gambar lama masih ada sekeping dua menjadi penawar takkala mengingatkan mereka. Namun, aku harus melakukan sesuatu agar anak-anakku kenal dan merasai sekurang-kurangnya sedikit tentang suatu kehidupan di zaman dahulu kala. Penularan wabak pendemik tidak dijangka oleh masyarakat dunia. Alhamdulillah negara kita telah pun berjaya menanggani penularan wabak ini. Ada hikmat disebalik apa yang berlaku.

Misi membuat dapur kayu tradisional timbul secara spontan takkala masa yang terluang semasa perintah kawalan pergerakan. Timbul idea dan terus google apa yang patut aku lakukan untuk memulakan projek mini ini. Tidak pernah bancuh simen, tidak pernah ikat bata, apatah lagi melakukan kerja-kerja pertukangan. Tengok youtube. Akhirnya berbekal semangat dan keyakinan aku memulakan langkah pertama membuar Dapur Kayu Tradisional a.k.a channel Mr Kopikarat. Lokasi itu nanti akan menjadi tempat santai-santai dan lokasi video ‘review’ masakan Kelantan untuk aku ‘upload’ ke channel ku Mr Kopikarat. Yang belum subscribe itu..jangan lupa subscribe sekarang...

Proses membuat dapur kayu memakan masa 3 hari. Video-video proses membuat dapur kayu boleh ditonton di sini. Jangan lupa komen..tapi jangan kecam Abe..aku dengan semangat waja memulakn proses menyediakan tapak. ‘part’ paling menyeksakan ialah angkut tanah dan gaul simen. Aku dapat bayangkan betapa seksa dan beratnya kerja seorang buruh. Aku 3 hari ini seperti hendak berkecai tulang dan sengal-sengal seluruh tubuh.

Hari pertama menampakkan ‘progress’ yang tidak mengecewakan. Hati aku bertambah ‘gumbira’ takkala melihat kerangka dapur kayu sudah menjadi seakan-akan dapur kayu..bukan bangsal lembu..Hari kedua, keterujaan dan tahap testeron ku semakin tinggi. Apa sahaja yang aku paku menjadi dengan sendirinya..maksud aku..idea-idea itu datang mencurah-curah untuk menghasilakn dapur kayu ini. Hilang rasa penat lelah dan kekadang terfikir boleh ker aku buat dapur kayu tanpa aku ada asas pertukangan.

Akhirnya dapur kayu aku siap. Siap sepenuhnya. Gambar-gambar proses membuat dapur kayu aku telah pun muatnaik ke laman-laman sosial bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai pembakar semangat dan berhasrat supaya netizen yang tidak pernah merasai pengalaman menggunakan dapur kayu boleh melihatnya dan mungkin suatu hari mereka boleh datang sendiri ke channel Mr Kopikarat untuk menggunakan dapur kayu itu. Datang saja Abe payung kopi panas air yang dimasak menggunakan kayu api. Perghh...rare...

Alhamdulilah projek Dapur Kayu a.k.a channel Mr Kopikarat sudah selesai dan projek seterusnya akan menyusul..tunggu..
Galeri Dapur Kayu

No comments:

Post a Comment