Friday, August 14, 2020

Din anak syurga..rindu belaian ibu.

 

KG TOK DERPAH – Melangkah masuk ke sebuah rumah usang, rumah yang dahulunya terdengar gelak tawa adik-beradik dan suara ibu takkala sibuk memasak di dapur. Tetapi kini itu semua menjadi kenangan yang tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Kenangan yang akan dilipat kemas di dalam lipatan sejarah. Gemuruh jantung ku takkala pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini. Entah seperti ada sesuatu yang rasanya bisa menjentik jiwa dan perasaan. Masih teringat kenangan arwah ayah dan ibu ku. Rumah pun usang tanpa gelak tawa ibu dan ayah.

Berada di jauh sudut masuk ke dapur, terlantar sosok tubuh anak muda berusia 19 tahun. Kulit cerah dan tampan pernah di belai oleh arwah ibunya suatu dahulu kala. Menangis anak muda kurang upaya ini takkala dimaklumkan oleh ayahnya ketika ibunya dijemput Ilahi. Hilang sudah tempat bergantung harap, tempat mengadu kasih seorang ibu dan teman tidur takkala demam di malam hari. Subhanallah..hati ku tersentuh dan pilu. Pemergian ibu tercinta kira-kira 3 tahun yang lalu. Tiada lagi dapat merasa sentuhan tangan seorang ibu.

Namanya cantik iaitu Che Kamaruddin. Hanya boleh menyebut nama Ayah..ayah..ayah. Ayahnya mujur masih lagi segar diusia 73 tahun yang menjaga makan minum anaknya itu yang dibiasakan dengan panggilan ‘Din’. Ada 3 lagi adik-beradik yang tinggal bersama-sama Din. Mereka bekerja kampung dan hidup juga dalam kedaifan. Makan jarang sekali masak. Lama sudah tidak merasa masakan seorang ibu. Tiada lagi kari ayam atau ikan singgang dari air tangan seorang ibu. Aku dapat bayangkan akan kerinduan mereka adik-beradik termasuk Din akan ibu mereka. Belum puas mereka menagih kasih sayang seorang ibu. Apakan daya Allah swt lebih menyayangi insan itu dan mereka tetap akan teruskan kehidupan walau sepahit manapun.

Din bergantung harap kepada ayahnya yang masih lagi mempunyai kudrat untuk menjaganya. Mudah-mudahan ayahnya terus dirahmati oleh Allah swt dengan kesihatan yang baik. Menurut ayahnya, dia akan membeli nasi bungkus, air dan kalau ada lebih kuih-muih untuk Din yang tidak mampu berjalan hanya menggensot di tepi anjung menghala ke dapur. Luluh hati ku pertama kali melihat keadaan Din. Pakai tidak akan lekat di badan kerana dia akan mencabut pakaian itu.

Din akan minum menggunakan botol susu seperti kanak-kanak kecil. Bayangkan umur 19 tahun jika dia tidak sakit aku pasti dia kini sedang melanjutkan pelajaran ke menara gading ataupun mampu bekerja. Kini nasibnya hanya bergantung kepada ayah dan adik-beradik. Subhanallah..“berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Tiada lagi kata-kata yang boleh aku gambarkan ketika sekelumit cuma berada di rumah itu. Hilang akal fikiranku. Rasa syukur menerjah ke dalam lubuk hati ku takkala aku dilimpahi rezeki dari Allah swt, akan tetapi keluarga ini hidup di dalam kedaifan. Ya Allah..

Bagaimana kita boleh merasa bangga akan apa yang kita ada? Sedangkan insan lain seperti Din tidak mempunyai apa-apa hanya belas kasihan ayah dan adik-beradik. Aku berharap ayah dan adik-beradik akan terus menjaga Din walau dalam keadaan mana sekalipun. Ibu telah lama pergi. Tiada lagi kedengaran suara ibu apatah lagi untuk merasai tangan kasar seorang ibu memandikan Din dan menyuapkan nasi untuk Din. Kita yang masih mempunyai ibu..sedarlah..hargai ibu..takkala masa tiba baru kita tahu dan sedar akan kehidupan tanpa seorang ibu di sisi bagaikan kebun yang luas tanpa buah yang manis.

Menziarahi Din banyak memberi keinsafan kepada ku. Betapa banyak rezeki Allah swt untuk kita ucapkan rasa syukur. Subhanallah..aku selalu pesan pada hati agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur.

 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

 

Din anak syurga. Kita yang sempurna tidak tahu lagi untung nasib di alam sana. Hanya amalan sedekah jariah bisa membantu menemani di alam yang gelap gelita. Subhanallah.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka, tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi, berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidupku

Meski 'ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah pada-Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada kuharap hanya
Diri-Mu yang bertahta

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada kuharap hanya
Diri-Mu yang bertahta

Meski 'ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna…

Insya Allah, setelah saya dan rakan NGO menziarahi Din, kami bersetuju akan mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Sabtu 22hb Ogos 2020 pada jam 9 pagi. Kepada mana-mana insan yang prihatin ingin memyertai kami, boleh terus bersama-sama kami pada hari tersebut. Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk kewangan atau barang-barang yang difikirkan perlu untuk membersihkan rumah ini dan menggantikan apa yang patut.

Berikut beberapa barang yang akan dibelikan dan memerlukan sumbangan pembaca dan juga netizen diluar sana.

1.      Segulung tikar getah

2.      Lampu LED panjang 4

3.      Alas meja 2 keping

4.      Kerusi plastik 4

5.      Toto 4

6.      Bantal dan sarung bantal 4

7.      Kain selimut 4 helai

8.      Alas kaki 5 keping

9.      Baldi 2

10.  Kelambu 3

11.  Tali rafial

Sumbangan untuk barangan membersih rumah juga diperlukan seperti penyapu, baldi, sabun, mop, bulu ayam dan apajua yang difikirkan perlu. Insya Allah kita akan bantu keluarga daif ini.


No comments:

Post a Comment