LUBOK JONG – Lama tidak menulis. Kali terakhir artikel saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan bermula sekitar bulan Mac 2020. Tahun milinium yang penuh kenangan buat saya dan keluarga. Adik kesayangan kami Mohd Izzat telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 10 November 2020. Suatu kehilangan yang sangat dirindukan.
Apakan daya Allah swt lebih menyayangi arwah. Sehari sebelum pemergian, arwah menghubungi seorang abang di Pulau Pinang. Mereka berdua lama bersembang seolah-olah lama benar ingin berpisah. Arwah juga selalu menyebut akan soal kematian. Sayu pilu aku mendengar cerita seorang lagi adik yang dihubungi arwah sehari sebelum pemergiannya seolah-olah tahu arwah akan meninggalkan kita semua.
Sejak
pemergian arwah aku tidak pernah buka ‘fecebook’
arwah. Mata ini belum mampu lagi untuk melihat wajah-wajah arwah di mukabuku.
Suatu perasaan yang teramat dalam masih belum dapat aku padamkan apatah lagi
aku menguruskan jenazah arwah. Begitulah episod akhir kehidupan. Dunia tempat
persinggahan dan akhirat tempat kekal. Hasrat arwah untuk bertemu arwah ayah
dan ma akhirnya telah tercapai. Arwah tenang di sana bersama-sama kedua-dua
arwah ayah dan ma. Cepat masa berlalu. Allah swt telah mengaturkan
segala-galanya tanpa sedikit pun terlewat atau cepat dari apa yang
diaturkannya.
Arwah
mula mengikut kumpulan dakwah sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak kedua-dua
arwah ayah dan ma, arwahlah yang tinggal di rumah pusaka. Aku pun jarang balik
ke rumah arwah. Sedih rasanya tidak dapat memeluk arwah ketika masih hidup. Aku
memeluk arwah setelah arwah tidak lagi bernafas terbujur kaku dan ketika kain
kafan mula ditutup..aku mencium arwah..Ya Allah..sebak rasanya dada aku, namun
begitu menurut cakap-cakap kenalan, arwah seorang yang baik hati dan suka
menolong jemaah ketika mereka bersama-sama. Terdetik di hati ini untuk
mengetahui pengalaman arwah ketika bersama-sama jemaah.
Beberapa
hari selepas pemergian arwah, aku mencari kenalan-kenalan arwah. Ada juga
kenalan arwah yang pernha datang ke rumah bersama-sama arwah. Banyak
peninggalan arwah diinfakkan kepada kenalan-kenalan arwah. Itu adalah di atas
permintaan arwah sendiri. Ya Allah..lemah-longlai jari-jemari aku untuk
menulis..(Al-Fatihah). Arwah adik bongsu dari 12 beradik. Tiada lagi gelak-tawa
arwah dapat aku lihat. Tiada lagi kelibat arwah datang ke rumah. Yang ada
hanyalah kenangan yang mampu mengubat hati yang lara. Andainya arwah ada..aku
nak peluk arwah sekuat-kuat sepuas-puasnya...
Tenanglah
wahai adikku di sana. Pemergianmu banyak menyedarkan aku. Kehidupan sederhana
sebagai jemaah dakwah adalah suatu kehidupan sebenar. Aku hidup hampir setengah
abad. Belum pernah lagi mendekatkan diri dengan kerja-kerja dakwah tetapi arwah
telah lama menjalani kehidupan bersama-sama kumpulan dakwah. Subhanallah. Manis
sekali kehidupan sederhana bersama-sama golongan yang meneruskan kerja-kerja
dakwah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Itulah bekalan yang bakal
menjaga kita di dalam kubur yang gelap gelita.
Izzat..abang
din sayang Izzat. Tariklah abang din bersama-sama Izzat ke dalam syurga nanti.
Kita bersama-sama arwah ayah, ma dan keluarga yang lain. Aku tidak berfikir
panjang untuk turut serta dengan jemaah yang pernah mengenali arwah. Abang din
telah tunaikan segala hasrat Izzat untuk menginfakkan segala peninggalan kepada
kenalan dan jemaah yang pernah diikutinya. Insya Allah..abang din sedang membantu
membangunkan sebuah maahad tahfiz di satu lokasi yang sangat aman damai.
Mudah-mudahan Allah swt menerima usaha abang din ini sebagai sedekah untuk
arwah ayah, ma dan izzat.
No comments:
Post a Comment