Friday, May 29, 2020

Hati dan perasaan seorang ibu...


KG BANGGOL CHICA – Kisah masyarakat kali ini sangat meruntum jiwa saya. Tidak tergambar apa yang akan saya lihat bila mana saya dan ahli persatuan bercadang untuk melakukan Ziarah Syawal 1441H di rumah seorang pemuda yang berusia 31 tahun terlantar sejak 5 tahun yang lalu. “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”, mungkin itulah kata-kata yang boleh saya gambarkan. Seorang anak muda tampan yang menjadi harapan keluarga. Tulang empat keratnya bekerja untuk membantu keluarga. Akan tetapi hasrat hatinya tidak lama takkala anak muda ini lumpuh akibat satu kemalangan ngeri yang sekaligus meragut hasratnya unutk membantu keluarga sebaliknya kini bergantung harap sepenuhnya kepada ibu dan adik-beradik.
Bisik hati kecil seorang ibu ingin melihatnya anaknya hidup seperti orang lain namun apakan daya, takdir penentu segalnya. Redha dengan ketentuan dari Ilahi yang pastinya ada rahmat disebalik apa yang berlaku.
Foto Mr Kopikarat
Buntu fikiran saya untuk mencari kata-kata puitis betapa saya rasa kesayuan ketika pertama kali menemui pemuda ini. Arrghhh..hilang segala-galanya tidak seperti ketika saya pulang dari rumahnya untuk terus menulis artikel tentang pemuda ini. Ternyata hasrat saya juga kaku. Namun seorang ibu yang selama ini menaruh harapan besar kepada anak lelaki ini, entah apalah perasaannya ketika mendengar perkhabaran anaknya terlibat dengan kemalangan kira-kira 5 tahun yang lalu. Luluh hati seorang ibu namun saya percaya ibu ini seorang yang tabah..tabah menghadapi segala dugaan.
Kaku jari-jemari ku untuk menulis...hilang arah tuju..
Foto Mr Kopikarat
Sejak itu, pemuda ini terlantar tanpa boleh menguruskan diri. Bergantung harap kepada ibu dan yang amat membanggakan saya apabila mendengar mereka adik-beradik bergilir-gilir menguruskan adik mereka ini. Subhanallah..ikatan adik-beradik tidak akan terputus buat selama-lamanya. Saya doakan agar adik-bradik ini tidak rasa jemu untuk menguruskan adik mereka ini kerana seandai dia sihat saya percaya dia menjadi kebanggaan keluarga.

Rasanya tidak mampu lagi untuk saya menulis..jari-jemari seakan-akan lemah untuk menekan papan kekunci...arrghh..Pelangi Petang..
'Ku meniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya nanti suatu masa
Sang suria 'kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau 'kan pasti
Pergi jua
Engkau tiba…


No comments:

Post a Comment