KUIN MERAH, RANTAU
PANJANG – “Kembalikan Senyuman Mereka”..sudah terlalu lama menggunakan air telaga untuk kegunaan
harian. Apakan daya, kekurangan pendapatan menjejaskan keluarga ini untuk
membeli engin air bagi untuk mengalirkan air ke rumah mereka. Setiap pagi
bergagah mengambil air ulang-alik ke telaga yang jaraknya lebih kurang 60
meter. Suatu kenangan dulu-dulu pernah mandi air telaga bersama-sama arwah ibu.
Kalau diingatkan ketika itu..Ya Allah..saat itulah zaman yang tidak mungkin
diulang kembali. Anak-anak saya pada hari ini pun tidak pernah mandi dari air
telaga menggunakan gayung seperti zaman dahulu. Akan tetapi kehidupan ketika
zaman 20 tahun yang lalu masih dilalui oleh anak-anak keluarga ini.
Mr Kopikarat a.k.a blogger kampung bersama-sama anak kecil gembira pertama kali mandi di bawah cucuran air paip. |
Pertama kali melihat
keluarga ini seperti juga keluarga lain cuma mungkin kehidupan mereka agak
berbeza. Bak kata pepatah ‘kais pagi
makan pagi kais petang makan petang’. Keluarga ini bergantung harap kepada
ambil upah menoreh di sekitar kampung itu. Apa yang sangat menyentuh perasaan
saya takkala melihat seorang pemuda yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU)
menumpang kasih di sebelah rumah kakak yang setia menjaganya.
Anak muda berusia 23
tahun dijaga rapi oleh kakaknya. Seorang kakak menggantikan tempat seorang ibu
yang telah lama dijemput Ilahi. Sabarnya seorang kakak menjaga adiknya tanpa
mengeluh sedikit pun. Makan minum dan pakai dijaga seperti anaknya sendiri.
Pemuda ini adalah adik bongsu mereka. Suatu ketika pemuda ini tinggal bersama-sama
mereka di dalam satu bumbung. Lama-kelamaan tingkahlaku pemuda ini semakin
agresif dan ‘hyperactive’ sehingga
terpaksa diasingkan demi keselamatan anak-anak kakaknya yang kecil. Pemuda ini
diletakkan di sebuah pondok ditepi rumah.
Sejenak mendengar lagi Pelangi Petang..betapa kita bertuah..Ya Allah..(bertenang seketika)
'Ku meniti
awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya nanti suatu masa
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya nanti suatu masa
Sang suria 'kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Engkau tiba bagaikan pelangi
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau 'kan pasti jua
Engkau tiba…
Bagai pelangi petang kau 'kan pasti jua
Engkau tiba…
“Berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, itulah
ungkapan yang boleh saya katakan ketika saya dan rakan-rakan menziarahi
keluarga ini. Keras hati seorang manusia jika tidak ada sedikit pun rasa belas
kasihan dan sebak melihat keadaan anak muda ini. Mujur kakaknya tidak pernah
menyisihkan adik bongsunya itu. Walau sukar mana sekalipun apa yang keluarganya
makan pasti akan dihulur kepada adiknya itu..(sebak di dada saya ketika
mendengar kakaknya berbicara tentang adiknya). Sebak bukan kerana apa tetapi
terkesima betapa hebatkan seorang kakak tidak pernah jemu menjaga adiknya sejak
ketiadaan ibu mereka.
Saya yakin sekiranya
ibu mereka masih ada begitulah layanan mesra diberikan kepada anak mereka itu.
Apakan daya hayatnya tidak lama. Ibu dijemput Ilahi. Perancangan Allah SWT itu
tepat, dikurniakan seorang kakak yang sangat menyayangi adiknya. Seorang kakak
yang tidak pernah memukul apatah lagi menherdik adiknya yang sakit itu. Subhanallah..apakah
kita sekuat itu jika diberikan ujian oleh Allah SWT?
Saya dan rakan-rakan
amat tersentuh akan kedaifan keluarga ini. Kami bersepakat untuk meringankan beban
mereka dengan menyediakan saluran air paip ke rumah ini. Terima kasih kepada rakan-rakan
saya dan juga ahli persatuan yang menghulurkan derma bagi menjayakan program
ini. Tidak sabar untuk melihat kegembiraan keluarga ini dapat air paip.
Ringanlah sedikit beban kakak ini untuk menguruskan adiknya itu.
Klip video di sini.https://www.youtube.com/watch?v=UnU1VEc2WI0
No comments:
Post a Comment