HERITAGE VILLA – Penularan
wabak pandemik benar-benar memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan dunia. Saya
tidak mahir bercakap dari segi perubatan tentang Covid19 tetapi saya ingin
menulis sedikit perkongsian saya sebagai seorang aktivis masyarakat. Hanya
insan yang mempunyai perasaan dan mendalami dunia sukarelawan mengetahui apa
yang ada disudut hati mereka. Percayalah takkala anda menjadi sukarelawan,
hidup anda akan lebih bermakna kerana akan dikelilingi oleh orang-orang daif
yang dimakbulkan doa mereka oleh Allah swt.
Gambar sekadar hiasan. Jangan kecam... |
Saya tertarik dengan
pesanan-pesanan Luqman al-Hakim seorang yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Luqman (31):12-19 yang terkenal kerana nasihat-nasihat kepada anaknya. Di
antara nasihat beliau ialah:
3.
“Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua
perkara lain iaitu kebaikamu terhadap hak dirimu dan kebaikan dirumu terhadap
orang lain.”
Bagaimana untuk saya
mula penulisan ini? Hilang idea takkala petang tadi melihat kerja amal yang
dibuat oleh seorang pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. Subhanallah saya belum
pernah menghadiri secara ‘live’
ceramah beliau hanya melalui youtube. Ok lah..baik kiranya kita mengenali siapa
sebenarnya beliau. Ok..dah mari idea (sambil
mengganggukkan kepala..haha..kepuasan).
Seorang berbangsa
Cina menyebut syahadah ketika berusia 12 tahun. Pada masa kecilnya, beliau
merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk belajar mengenal
Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun
mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk
mendekati agama suci Islam. Alhamdulillah hari ini beliau menjadi penceramah
dan aktivis masyarakat sangat disegani walaupun ada kecaman dari netizen di
luar sana.
Ini adalah antara
tips Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;
“Dua
kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri
dengan baik, jaga solat,. Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun,
minta pada Allah dahulu..”
“Tidak
pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh
memberi bahagia selain dari Allah SWT”.
Ada hikmah disebalik
apa yang berlaku pada hari ini. Masyarakat Malaysia berlumba-lumba untuk
membantu golongan daif apatah lagi ketika ini ramai yang tidak boleh bekerja
dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020. Bagi
mereka yang makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..keadaan ini
sangat getir dan sukar untuk dimengertikan jika kita tidak cuba memahaminya.
Mujurlah ada insan-insan yang bergelar sukarelawan ini meredah semak-samun
menyusuri lopak-lopak air ke rumah-rumah daif ini. Mereka bukanlah ‘frontliner’ tetapi ketika ini juga
mereka masih membantu dek kerana hati dan naluri yang suka membantu.
Beliau dilahirkan bukan
dari keluarga Islam tetapi Allah SWT itu yang mengaturkan segala-galanya. Allah
SWT tidak melihat asal keturunanmu, warna kulitmu, hartamu sebaliknya Allah SWT
melihat akan kebaikan yang kamu lakukan. Mungkin tidak terfikir dibenak fikiran
kita yang lahir dari keluarga Islam bagaimana seorang yang asalnya bukan Islam
kini menjadi seorang yang begitu dekat dengan golongan daif ini. Lihat..lihat
dengan hati bukan dengan mata..kerana jika lihat dengan mata terlalu luas
hendak kita terokai tetapi jika lihat dengan hati..kita akan merasainya..ingin
melakukan apa yang Ustaz Ebit Lew lakukan.
Secara jujurnya saya
irihati kepada beliau kerana saya tidak mampu menolong orang sehingga ke tahap
itu. Hanya sekadar bersimpati dan menghulur sekampit beras buat menghilangkan
lapar sehari dua. Mudah-mudahan walaupun sedikit sahaja sedekah saya akan
dirahmati oleh Allah SWT dan dilimpahkan pahala kepada kedua-dua arwah ibubapa
saya. Secara jujur juga saya katakan, kenapa masih ada netizen di luar sana
yang mempertikaikan kerja buat beliau. Tetapi biasalah orang yang berbuat baik
akan dikecam kerana sebenarnya Allah SWT sedang mengujinya.
Saya menulis
komentar ini hanyalah dari apa yang saya lihat di media-media sosial. Malaysia
sebuah negara harmonis. Masyarakat Malaysia terkenal dengan rakyat yang suka
membantu tidak kira di dalam atau luar negara tetapi mengapa masih ada
cakap-cakap yang kurang enak disebalik kerja buat beliau. Mudah-mudahan tidak
ada sedikit sifat irihati dan dengki di dalam hati kita. Kerana ia akan
mencerminkan perlakuan sebenar kita. Maka, bersangka baiklah kepada orang dan
jangan sesekali bersangka buruk.
Kepada Ustaz Ebit
Lew (dengan izin Allah SWT beliau terbaca
artikel saya ini), saya sebagai sukarelawan dan aktivis masyarakat sentiasa
menyokong usaha murni ustaz membantu golongan daif keluar dari kemiskinan.
Pahala pada hari ini tidak nampak tetapi di akhirat pahala itulah yang akan
membantu kita meneruskan suatu perjalanan yang lebih panjang dari perjalanan kita di dunia pada hari ini.
No comments:
Post a Comment