Blogger kampong a.k.a Mr Kopikarat sejenak komentar. |
Tragis dan menyayat
hati. Ribuan meninggal dunia sehingga ada negara yang tidak lagi mampu
menguruskan mangsa-mangsa. Syukur Alhamdulilah di Malaysia tidak lagi sampai ke
tahap itu. Walaupun kes positif tertinggi di Asia Tenggara akan tetapi sehingga
ke hari ini kerajaan Malaysia dengan sokongan padu rakyat mengharungi usaha
menyekat penularan wabak dengn begitu baik sekali disamping berkat doa-doa
rakyat Malaysia dan ada juga doa-doa dari rakyat Palestin dan Syria yang tidak
putus mendoakan kesejahteraan Malaysia.
Mengapakah
mereka mendoakan Malaysia?
Secara jujur saya
terkejut melihat beberapa video di youtube di mana rakyat Palestin dan Syria,
anak-anak kecil berdoa untuk rakyat Malaysia selamat dari Covid19. Krisis di
Asia Barat itu telah lama diketahui masyarakat dunia tetapi masing-masing
memekakkan telinga. Sebuah negara yang sering menjadi cakap-cakap rakyat
Palestin dan Syria takkala mereka di dalam kesusahan, tidak lain tidak bukan
adalah MALAYSIA.
Sebuah negara kecil bukan sahaja membantu mereka dari segi bantuan makanan
malah lantang membantah pencerobohan Israel di PPB. Negara-negara Timur Tengah
yang lain tidak berani membantah apatah lagi mengkritik US dan Israel ketika
menanggani isu Palestin. Rata-rata apabila mereka mendengar Malaysia, mereka
tahu Malaysia adalah satu-satunya negara yang rakyatnya pemurah dan sering
membantu mereka.
Dalam Surah An-Nisaa’
ayat 148 yang bermaksud:
“Allah
tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang
dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
Malaysia tidak
pernah putus membantu rakyat Palestin. Pelbagai kemudahan awam dibina hasil
sumbangan rakyat Malaysia. Mereka gembira setiap kali bertemu rakyat Malaysia
dan sangat mengimpikan suatu kehidupan aman damai di bumi Malaysia. Menanggani
wabak pandemik benar-benar menguji setiap negara. Ia lebih dari satu peperangan
yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Ia suatu peperangan yang melibatkan musuh
teramat kecil tersembunyi tanpa boleh dijejaki. Sehebat mana kekuatan bala
tentera tidak bisa mengalahkan tentera yang bergelar Covid19. Lihatlah negara
terkuat dunia US telah menduduki tangga teratas melebihi 200 ribu orang
dijangkiti virus ini. Kematian dicatatkan setiap hari. Petugas hospital ‘burnout’ dan rakyat telah pun panik.
Situasi sekarang lebih panik jika dibandingkan dengan peristiwa September 11.
Mereka bukan berperang dengan senjata tetapi berperang dengan musuh yang ‘invisible’ lebih canggih deripada
mereka.
Alhamdulillah berkat
doa-doa anak kecil Palestin dan Syria, rakyat Malaysia dicurahkan rahmat oleh
Allah SWT. World Heath Organisation (WHO) telah mengiktirafkan Malaysia negara
terbaik menanggani penularan wabak Covid19. Tahniah kepada kerajaan Malaysia,
KKM, barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang patuh dengan arahan PKP ketika
ini. Kedudukan pertama dunia juga menimbulkan rasa iri hati negara-negara yang
lebih maju dari aspek kesihatan berbanding Malaysia. Mereka kagum dengan usaha
kerajaan Malaysia menanggani penularan wabak pandemik ini kerana mereka hampir
lumpuh dan tidak bermaya lagi.
Pada awalnya
Malaysia panik takkala mengesan jangkitan pertama Covid19 di kalangan pelancong
asing. Rakyat marah. Selepas itu terdapat di kalangan kluster tabligh pula
terkena jangkitan. Namun KKM mengambil langkah cepat membuat saringan hampir
sebahagian besar peserta itu dan mereka telah memberikan kerjasama yang baik.
Alhamdulillah mereka yang dijangkiti terus dirawat dan kontek terdekat mereka
dikuarantin dengan penjagaan yang ketat oleh pihak hospital.
Beberapa insiden
besar telah berlaku melibatkan negara kita Malaysia. Kehilangan MH370 menjadi
sejarah di industri aviation bukan
sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Hilang tanpa jejak sehingga ke hari
ini. Teknologi canggih dan satelit pun tidak boleh mengesan di mana terletaknya
kerangka besi itu. Mungkin tenggelam di dasar lautan dalam Hindi atau pun
mungkin masih berlegar-legar di awam. Hanya Allah swt yang mengetahuinya. Tidak
berakhir di situ sahaja, MH17 pula di tembak jatuh di Ukraine dalam perjalanan
dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Semua penumpang dan anak kapal korban. Satu
keluarga dari Sabah juga menerima nasib sama takkala mereka teruja untuk pulang
ke tanah air. Al-Fatihah semoga roh mereka sekeluarga dirahmati oleh Allah swt.
Penularan wabak
pandemik sekali lagi melonjakkan nama Malaysia apabila diiktiraf negara paling
cekap di dunia mengendalikan kes ini. Secara jujur saya bangga dengan
pencapaian Malaysia takkala negara lain hilang arah tuju untuk membendung
penularannya. Penduduk di negara-negara yang terkesan panik dan sudah seakan
berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Hospital dipenuhi dengan pesakit dan
pesakit baru pula seperti tidak terkira oleh mereka. Kemudahan di hospital
tidak mencukupi.
Malaysia pada hemat
saya berada di landasan yang betul selagi penduduk Malaysia mematuhi
langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan. KKM bertindak pantas
mewujudkan telegram yang sehingga saya menulis artikel ini jumlah ahli telah
mencecah 1.1 juta orang. Melalui telegram ini pihak kerajaan dan KKM
menyalurkan maklumat terkini dan juga menyebar luaskan mana-mana maklumat palsu
supaya rakyat tidak panik dan tertipu. Alhamdulilah saya bangun sahaja dari
tidur pasti akan melihat maklumat terkini dari KKM.
Dua hari lepas saya
menonton youtube seorang professor dari Indonesia yang bekerja di Malaysia,
beliau membuat ‘video call’ dengan
seorang kenalan. Durasi video tersebut kira-kira 30 minit. Beliau bercakap
tentang cara Malaysia menguruskan Covid19 daripada menyekat penularan
sehinggalah kepada menjaga kebajikan penduduk sepanjang ‘lockdown’ sehingga 28 April 2020. Beliau memberikan pendapat jujur
berdasarkan pengalamannya ketika ini masih berada di Malaysia. Dalam penduduk
negara lain panik, katanya penduduk Malaysia masih lagi tenang dan hanya
mengikut satu saluran telegram sahaja. Ini menjadikan rakyat Malaysia mendapat
info dan maklumat yang telus dan mereka lebih bersedia menghadapi apajua
keputusan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Beliau amat terkejut
dengan bantuan dari pihak kerajaan kepada semua rakyat Malaysia. Tidak ada satu
pun yang tertinggal menerima bantuan kewangan untuk membeli barangan keperluan
harian mereka dalam tempoh kawalan pergerakan. Begitu juga syarikat swasta
berlapang dada memberikan diskaun bil eletrik, data internet yang lebih banyak
dan segala macam lagi kemudahan diberikan sepanjang perintah kawalan pergerakan
dilaksanakan. NGO pula tidak menang tangan membantu penduduk miskin dan
rata-rata rakyat Malaysia membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan usaha
menyekat penularan wabak ini tidak hanya dilakukan oleh kerajaan malah
badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan juga turut membantu seadanya.
Contohnya memberi bekalan makanan kepada petugas seperti askar dan polis
sebagai tanda penghargaan masyarakat. Ketika susah ini mereka telah bergabung
erat dan rakyat Malaysia ketika ini masih bertenang dan tidak panik seperti
negara-negara lain.
Saya ralik mendengar
komentar warganegara Indonesia itu. Mungkin pendekatan yang dilakukan oleh negara
lain berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Malaysia. Saya sebagai blogger
kampung dapat melihat wujud satu sikap bekerjasama di antara rakyat Malaysia. Kehidupan
ketika penularan wabak Covid19 pada saya lebih susah jika dibandingkan dengan
banjir pada tahun 2014. Kita berhadapan dengan situasi yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar mungkin boleh dilihat dengan mata hati. Tempoh kawalan
pergerakan ini adalah pertama kali bagi saya sepanjang saya hidup lebih dari 4
dekad. Inilah saat-saat getir buat kita semua. Jangan ada sikap sombong dan
tidak endah di kalangan kita. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Rakyat
Malaysia harus bersatu dan terus bersatu bak kata pepatah:
“bulat
air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
STAY
HOME
Dan
baca artike-artikel dari blogger kampong Encik Matt.
No comments:
Post a Comment