HERITAGE VILLA – “Bagaimana kan kumula..dan
apakah kata-kata..yang indah untuk diabadikan..tiap wajah berkisah..tiap madah
bererti..manakah ilhamku?. Sangat puitis bait-bait lagu
ini. Sesiapa sahaja yang mempunyai hati pasti akan merasaikan setiap ungkapan
itu. Penuh makna dan mengingatkan akan seseorang yang terasa dekat tetapi tidak
boleh dipegang dan tidak boleh untuk merasai kehadirannya. Sesungguhnya kita
sangat daif dan kerdil takkala melihat akan kebesaranNya. Daif bukan dilihat
dari aspek material tetapi tidak ada satu pun anggota badan yang boleh
dibanggakan. Akan berterbangan takkala ditiup angin.
Dua insan yang menjadi sumber inspirasi. Ya Allah..rahmatilah kedua-dua arwah ibubapaku. |
Aku dapat merasakan
kehadiran melalui nafasnya yang menguatkan aku untuk hidup. Kekadang nafasnya
semakin jauh dari ku dan aku terus menoleh agar nafas itu tidak pergi jauh
dariku. Namun apakan daya aku hanya manusia biasa, tidak lari dari dosa. Tidak
ku mampu untuk menyekatnya jauh pergi buat selama-lamanya. Hilang sudah
tempatku bermanja dan bergantung harap.
Pengalaman banyak
mengajar aku erti kehidupan. Benar kata orang..hidup tidak selalu indah, ada
masa susah. Namun ketahuilah saat-saat diuji dengan kesusahan itu sebenarnya
mengajar erti sebuah pengorbanan. Jika tikda pernah merasa susah, maka tidak
ada serinya dalam kehidupan. Tidak akan ada satu perasaan untuk berkongsi dan
mendalami kesusahan dengan orang lain. Biarlah kita susah sekarang nanti
dikemudian hari akan diberi kesenangan.
Aku telah lalui
segala macam kesusahan. Tiada siapa yang tahu. Dan aku pun tidak mahu orang
tahu. Biarlah aku pendam perasaan itu yang beransur-ansur hilang takkala
mata mulai letih dan beradu. Kesusahan itu disambung lagi keesokannya. Aku
berpegang kepada kata-kata orang-orang kampung “kalau kita rasa susah, orang lain lebih sudah”. Itu realiti. Kemana
sahaja kaki ini menapak, kata-kata itu sering aku ingat supaya diri ini tidak
lalai dibuai mimpi indah di alam fana. Teringat pula lagu nyanyian kumpulan
Fotograf bertajuk Di Alam Fana Cinta.
Al-Fatihah buat penyanyi lagu ini.
Benar sekali masih
ramai orang yang susah di luar sana. Ketika inilah aku berlumba-lumba untuk
mencuri sedikit ruang di ruangan hati mereka. Berkongsi kesedihan mereka.
Berkongsi kegembiraan sedikit yang mereka ada. Walaupun begitu dengan hanya
sedikit rasa gembira yang mereka ada itu seperti suatu kebahagian yang
dipanggil ‘kebahagian cinta’. Dunia
moden banyak melekakan manusia. Jika ada wang, apa yang kita mahu semua boleh.
Makanan dihantar hingga ke depan rumah dan ber’cod. Apa lagi..apa sahaja yang
terfikir kita akan dapat.
Kebahagian cinta itu
yang sukar untuk dicari. Ramai di luar sana tidak mampu memesan cod untuk
anak-anak mereka. Terdetik juga mungkin di hati mereka untuk merasai makanan
cod. Rasanya lah. Namun 6, 7, 8 beranak itulah yang makan di dalam bulatan yang
aku rasanya suatu kebahagian cinta yang sudah semakin hilang di bawa arus
kemodenan. Namun Allah swt maha besar, kekayaan cinta itu dikembalikan semula
kepada hamba-hambanya. Tempoh getir ini telah mengeratkan kembali hubungan anak
beranak. Alhamdulillah.
Cahya
di matamu, senyum di bibirmu..mengukir seribu tanda pertanyaan..mungkinkah kau
jua dalam kerinduan..di saat begini aku merindukan.
Rindunya rasa kepada insan yang telah pergi. Tidak tertahan rasanya. Rasanya
tidak banyak manapun pengorbananku ketika bersama-sama dengannya. Namun Allah
swt ketika itu masih memberi aku peluang berbakti di saat-saat pemergiannya
insan-insan tersayang. Raut wajahnya masih ku ingat. Senyumannya aku rindukan.
Tidak pernah mengeluh. Ya Allah..kembalikan semula mereka kepadaku. Ia sesuatu
yang mustahil.
Senyumannya masih
aku ingat. Ingatan tidak akan padam selagi masih bernyawa. Besar harapannya
untuk melihat aku berjaya. Berjaya masuk ke menara gading seperti anak-anak
orang lain. Alhamdulillah segala harapannya telah aku sempurna. Allah swt bagi
peluang untuk aku bersama-samanya. Masak untuknya. Puashati aku takkala masakan
aku dijamah dengan penuh menyelerakan. Sukar untuk digambarkan. Namun segalanya
tinggal kenangan. Kenangan yang mengusik jiwa.
-bersambung-
Alfatihah untuk arwah mokcik dan pokcik...
ReplyDeleteAmiin..kenal ka arwah? Maaf xcam lagi tu..
ReplyDelete