KUALA LUMPUR – Berat
rasanya tangan saya untuk menulis artikel ini. Mengenali
seorang rakan di media sosial yang telah disahkan positif Covid19. Tergamam
saya seketika. Berlegar di fikiran saya segala macam kemungkinan yang bakal di
tempuhi. Suatu stigma yang sangat menakutkan sehingga satu arahan kawalan
pergerakan diistiharkan oleh pihak kerajaan. Hati dan perasaan hanya dia yang
tahu. Namun setelah menelefon beliau yang kini masih dikuarantin di hospital,
bersama-sama kira 15 orang lain yang disahkan positif novel koronovirus ini
seperti tidak percaya akan betapa kuatnya hati anak muda ini berhadapan dengan
situasi getir ini.
Fared seorang
jurutera di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Di dalam artikel ini saya akan
membuat serba ringkas kronologi bagaimana anak muda ini dijangkiti oleh virus
ini. Pada 13 Mac 2020 Fared menghadiri satu kursus bersama-sama 50 orang lain
di sebuah hospital. Pertemuan itu berjalan mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Sepertimana yang kita tahu virus ini bertindak di dalam tempoh 14
hari. Jadi, selepas pertemuan tersebut Fared pulang ke rumah seperti hari-hari
biasa.
Catatan ini ketika saya menghubungi Fared yang ketika ini masih berada dalam kuarantin di hospital. |
Fared ke tempat
kerja seperti biasa. Tidak ada apa yang aneh yang dirasakan sepanjang tempoh
tersebut. Kira-kira hampir 2 minggu selepas itu Fared ada mengalami selsema (flu) biasa mungkin disebabkan keletihan
berkerja. Fared tidak pula terlintas di fikirannya kebarangkalian dia juga
telah dijangkiti. Jadi, Fared sentiasa berfikiran positif apatah lagi dia
bekerja di sebuah hospital. Kes-kes positif Covid19 di hospital di tempatnya
bekerja sudah menjadi kebiasaan di kalangan petugas di hospital. Apa yang
penting langkah-langkah pencegahan telah diambil mengikut SOP yang telah
ditetapkan.
Suatu hari ketika di
tempat kerja, Fared dimaklumkan oleh rakan bahawa salah seorang peserta ketika
kursus itu telah disahkan positif Covid19. Fared tidak terkejut dengan berita
yang disampaikan oleh rakannya itu sebaliknya Fared dan kesemua rakan-rakan
menjalani saringan Covid19. Jadi Fared membuat temujanji pada 27 Mac untuk
menjalani saringan. Kebiasaannya keputusan saringan akan diketahui dalam tempoh
48 jam. Jam berdetik dan terus berdetik. Fared dan rakan-rakan masih menunggu
keputusan dari pihak hospital. Ketika Fared bercerita dengan saya melalui
perbualan telefon, Fared tidak pun berada di dalam keadaan gusar ketika mana
menunggu keputusan saringan sebaliknya apajua kemungkinan Fared tetap akan
menerima dan meneruskan kelangsungan hidupnya.
Telefon berdering.
Ditatap Fared panggilan dari pihak hospital. Fared orang pertama dihubungi oleh
pihak hospital. Dengan nada yag sedih doktor memaklumkan Fared positif Covid19.
Fared sama sekali tidak terkejut sebaliknya doktor yang terkejut kerana Fared
boleh menerima perkhabaran ini dengan tenang. Saya bertanyakan Fared mengapa
dia tidak terkejut. Ini jawapan Fared..
“If
you think positive you will become positive, if you think negative you will
become negative”.
Kata-kata Fared
membuat saya termenung seketika. Bagaimana seorang anak muda yang disahkan
positif novel koronovirus masih boleh lagi berada di dalam satu keadaan yang
positif. Sedangkan dia akan berhadapan dengan suatu keadaan yang tidak diketahui
apa kesusahannya. Ini kerana Covid19 sudah menjadi pendemik ke seluruh dunia.
Stigma terhadap seseorang yang disahkan positif Covid19 sangatlah buruk apatah
lagi begitu cepat alirnya berita-berita tentang kematian pesakit Covid19. Fared
ketika saya hubungi tidak merasakan jangkitan virus ini bisa mengakhiri
kehidupan sebaliknya Fared berkata dia ketika ini dikuarantin dan masih sihat serta
mengikut jadual rawatan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.
Pakciknya adalah
orang pertama yang mengetahui beliau disahkan positif Covid19. Selang beberapa
hari Fared memaklumkan kepada ibunya. Hati seorang ibu cepat tersentuh takkala
mendengar suatu perkhabaran yang sukar untuk digambarkan. Air mata ibu mengalir
memohon doa dari Allah SWT agar mempermudahkan segala urusan anaknya itu. Insya
Allah doa seorang ibu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Secara jujur saya
tidak nampak Fared berada di dalam keadaan yang sangat tertekan. Fared telah
berjaya mengawal keadaan dan tidak meletakkan apa yang berlaku ini suatu yang terlalu
buruk. Sebaliknya Fared masih lagi menghubungi keluarga dan rakan-rakan melalui
‘video call’ dan mereka melihat Fared
berada di dalam keadaan yang masih sihat di dalam tempoh kuarantin itu. Ia
sedikit sebanyak telah mengubah stigma masyarakat terhadap pesakit yang
disahkan positif Covid19. Sebenarnya virus ini menyerang sistem imunisasi
badan. Ketika mana imunisasi badan lemah mudahlah virus ini bertindak. Ia juga
didorong oleh faktor umur dan juga sakit kronik. Seandainya sistem imunisasi
kita berada pada tahap yang baik, ia dapat melawan virus tersebut.
Menurutnya, orang
yang telah disahkan positif Covid19 ini harus sentiasa berfikiran positif. Ini
kerana jika seseorang sentiasa berada di dalam keadaan negatif dan juga stress,
ia juga akan menjejaskan sistem imunisasi badan. Justeru itu, kawalan untuk
sentiasa mengekalkan pemikiran yang positif itu adalah bermula dari individu
itu sendiri. Menurutnya, jangan sekali-kali meletakkan suatu halangan yang
terlalu besar untuk sembuh. Ini kerana masih ada pesakit Covid19 yang sembuh
sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital.
Apa yang ingin saya
tekan di dalam artikel ini adalah betapa penting suatu pemikiran positif setiap
kali berhadapan dengan musibah besar ini. Ketika saya menghubunginya, rasanya
saya lebih rasa takut dan gementar daripada Fared sendiri. Sikap positif Fared
dapat saya rasa ketika kami bercekap dalam tempoh kira-kira 20 minit. Saya
percaya ujian Allah SWT itu hanya untuk orang-orang yang kuat yang pastinya ada
hikmah disebalik apajua yang berlaku.
“Fared..saya
doakan anda sembuh secepat mungkin dan memberikan inspirasi kepada orang luar
sana supaya lebih bersikap positif ketika mana berhadapan dengan apajua
musibah. Insya Allah, semua akan mendoakan anda”.
No comments:
Post a Comment