REPEK – Covid19
sudah menjadi pendemik yang merebak ke seluruh dunia. World Health Organisation
(WHO) mengganggarkan lebih ramai penduduk dunia akan dijangkiti oleh Corona Virus
yang dikatakan bermula dari pasar di Wuhan, China. Penduduk dunia panik
seketika. Pembunuh senyap ini begitu cepat menjalankan misi tanpa mengira warna
kulit dan keturunan. Pada awalnya ketika hanya melihat melalui kaca TV dan
internet keadaan yang menggerikan di China dan beberapa buah negara, tetapi
pada hari ini kita di Malaysia, berada di dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak ini.
Malaysia belum
pernah berhadapan dengan situasi genting seperti ini. Kita berhadapan dengan
suatu wabak yang sukar dilihat tetapi beriko tinggi untuk dijangkiti seperti
filem-filem ‘Zombi’ yang dizahirkan ke alam nyata. Sangat menakutkan. Allah swt
sahaja yang dapat membantu kita melalui rahmatNya. Semua rakyat terkesan yang
berada di bandar atau di kampung, yang kaya atau miskin. Saya boleh katakan
bahawa penularan wabak ini bukan sahaja membinggungkan para saintis dan doktor
malah apa yang lebih buruk adalah merubah sama sekali corak hidup penduduk
dunia pada hari ini. Apapun sebagai orang Islam, apajua yang berlaku ini adalah
satu peringatan dari Allah swt agar kita lebih mengingatiNya dan sentiasa
redha.
Walaupun sedikit apa yang kita beri, besar bagi yang menerimanya. Tahniah kepada Persatuan Belia Prihatin. |
Penularan wabak ini
sehingga ke hari ini masih belum menunjukkan untuk reda. Masih ada kes-kes
positif dilaporkan. Penduduk masih berada di bawah PKP sehingga 14 April 2020.
Mudah-mudahan tempoh tersebut akan terhenti di situ sahaja supaya penduduk
dapat bekerja semula seperti biasa. Ikhtiar hidup perlu diteruskan walau dalam
keadaan mana sekali pun. Tidak akan terhenti untuk menyuap nasi kepada keluarga
yang rata-rata di antara 5 hingga 8 orang. Bayangkan jika bekerja kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang..Ya Allah..
“semoga
mereka terus bertahan dan bertahan..”
Persatuan Belia
Prihatin masih terus menjalankan misi Mencari dan Memberi walaupun tidak
mempunyai dana yang khusus. Namun, percayalah rezeki itu selalu mengalir dengan
izin Allah swt. PBP yang dipengerusikan oleh saudara Hamdan Mat atau lebih
dikenali nama BILAL, tidak pernah lekang disebut-sebut di kalangan penduduk
kampung. Misi PBP telah membantu ramai orang susah. Ada satu pepatah yang
selalu saya ingat..
“untuk
menderma tidak semestinya ketika kaya”
Penularan novel
koronovirus sudah menjadi pendemik. Penduduk dunia panik. Corak kehidupan
penduduk dunia juga panik. Ekonomi merudum. Covid19 telah ‘trending’ di media-media sosial menjadi isu global yang mencetus
suatu situasi yang tidak menentu. Sukar untuk digambarkan di beberapa buah
negara di Eropah, situasinya sungguh mengerikan. Mujur di negara kita walaupun
kes positif semakin meningkat tetapi kita nampaknya dapat mengawal sedikit
kenaikannya. Pakat-pakat kita berdoa.
Jujur saya katakan
situasi ini sukar untuk diramalkan. Namun kita tetap berharap agar tempoh PKP
akan berakhir setakat itu sahaja. Penduduk kampung menangis takkala memikirkan
cara mana untuk mencari rezeki. Segala-galanya berlaku sepantas kilat. Mereka
yang tidak mempunyai pendapatan tetap pastinya amat terkesan. Terkesan untuk
memenuhi permintaan si anak kecil merenggek minta aiskrim tetapi tidak mampu
memenuhi kehendak mereka.
Namun, segalanya
telah diaturkan oleh Sang Pencipta. Para dermawan berpusu-pusu mengambil
peluang untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung yang daif. Mereka
terkesan melihat keluarga-keluarga daif yang diviralkan di media-media sosial.
Kalau sebelum ini mereka belum pernah membantu, tetapi ketika musibah ini
mereka berlapang dada untuk membantu.
Syabas kepada tuan
Bilal dan ahli PBP yang masih menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung demi
kelansungan hidup. Entah kapan situasi ini akan berakhir namun kita tetap
berharap ia akan berakhir secepat mungkin agar penduduk dapat mencari rezeki
seperti sediakala. Penularan virus ini adalah satu peringatan dari Allah swt. Ia
bukan sekadar wabak penyakit semata-mata. Manusia yang terang hatinya sahaja
yang memahami betapa getirnya keadaan sekarang ini. Kiranya kita bangun
keesokkan paginya melihat matahari naik dari sebelah Barat, maka tertutup sudah
pintu taubat serta amalan kita ketika itu.
“Subhanallah”
Maka pakat-pakat
kita membantu selagi mampu. Sedekah tidak semestinya ketika kita kaya. Kekayaan
bukan syarat untuk bersedekah. Namun, kepada yang bersedekah beruntunglah
mereka di akhirat nanti takkala kita memulakan suatu perjalanan yang lebih
sukar jika dibandingkan dengan dunia fana ini. Suatu dunia yang jauh berbeza.
Galeri
Amin..berkata doa tuan Bilal. |
No comments:
Post a Comment