LUBOK JONG – “Lailatul qadar adalah malam yang terang,
tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang
dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi
syaitan)” (HR. At Thabrani). Jam menunjukkan detik 4.30 pagi ketika aku
terjaga dari tidur. Dikejutkan oleh bunyi jam untuk sahur. Bingkas bangun.
Alhamdulillah aku masuh diberi peluang oleh Allah SWT untuk menghirup udara
segar pagi ini dan memulakan hari dengan sahur.
Subhanallah. |
Mata tidak mahu
lelap. Seakan ingin ke luar rumah untuk melihatkan keindahan alam pada pagi
ini. Entahlah sunyi pagi ini benar-benar memberikan suatu kelainan yang tidak
terungkap oleh kata-kata. Apakah ini petanda suatu malam yang dinanti-nanti
oleh ummat Islam di akhir 10 Ramadhan. Subhanallah.
Alhamdulillah
penularan pandemik Covid19 semakin pulih di negara Malaysia takkala
negara-negara lain masih bertarung dengan wabak ini. Syukur Alhamdulillah
rahmat kedatangan Ramadhan membawa pergi wabak penyakit dari bumi Malaysia
tercinta. Di youtube ramai penganalisis dan juga youtuber memperkatakan tentang
Malaysia. Apa yang mereka katakan tentang kita?
Ini kata-kata mereka
“Malaysia satu-satunya negara pada
awalnya kes positif Covid19 tertinggi di Asia Tenggara beransur pulih dengan
drastik ke kedudukan antara terendah”. Sebuah negara kecil di tengah-tengah
Asia Tenggara suatu ketika dahulu menjadi antara laluan Sutera ketika Malaysia
dikenali sebagai Tanah Melayu. Mereka mengkaji bagaimana Malaysia menanggani
pandemik ini dengan jayanya. Apakah kita telah mempunyai vaksin? Apakah semua
rakyat mematuhi arahan pergerakan? Atau apakah hikmah kedatangan bulan Ramadhan
yang barokah ini?
Pagi yang damai
mengingatkan aku pada arwah ayah dan ibu. Ibu dijemput Ilahi pada tahun 2015
manakala ayah menyusuri arwah pada tahun 2019. Syukur pemergian kedau-dua arwah
di samping anak-anak. Diberikan peluang untuk berbakti buat kali terakhirnya.
Damailah kedua-dua arwah di alam sana. Insya Allah kami adik-beradik akan terus
mendoakan ayah dan ibu. Sesungguhnya doa anak-anak amat diharapkan oleh
mana-mana ibubapa yang telah meninggalkan dunia kerana doa anak-anak antara
tiga perkara yang tidak putus kepada arwah.
Tahun 2020 disambut
oleh masyarakat dunia takkala dunia melangkah ke alaf baru yang serba canggih.
Namun tahun ini dunia berdepan dengan segala macam bencana dari gempa bumi,
tsunami, ribut taufan dan yang tidak dijangka ialah wabak Covid19 yang telah
hampir melenyapkan kegairahan masyarakat dunia menyambut tahun baru. Mungkin
Allah SWT memberikan amaran kepada kita supaya mengingatiNya dan berpada-pada
di dunia fana ini. Dengan sekelip mata sahaja Allah SWT telah menghentikan
kesemua aktiviti manusia yang sebelum ini galak bagai tidak ingat dunia, rakus
dan terus melakukan kerosakan di muka bumi. Dalam tempah sejak Feb sehingga ke
hari ini, bumi direhatkan seketika dari pencemaran alam, sehinggakan di Nepal
kemuncak Himalaya boleh dilihat dari kejauhan yang sebelum ini tidak dapat
dilihat kerana diselaputi kabus. Inilah rahmat Allah SWT. Bumi pun makhluk yang
bernyawa. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment