Tuesday, May 12, 2020

Ziarah Ramadhan 1441H part 2



KG TASIK GARU – Ramadhan 1441H telah sama sekali merubah rutin harian ketikamana penularan wabak pandemik masih lagi membimbangkan. Namun kehadiran ramadhan adalah satu rahmat dari Allah SWT. Dunia suram namun ketibaan bulan yang penuh Barokah ini telah mengembalikan kegembiraan kepada ummat Islam di seluruh dunia. Siapa sangka tahun ini solat terawih di lakukan bersama-sama ahli keluarga. Saya ingin berkongsi bait-bait lagu asal Aisyah yang ditukar kepada lagu ramadhan yang memberikan inspirasi kepada saya untuk terus menulis.

Hilalmu datang menerangi
‎‏Hariku yang trasa sunyi
Oooh ramadhan
‎‏Berkahmu kutunggu

‎‏Angkat musibahku
هلّ الهلال ليعلن أننا
في شهر رمضان الكريم
فأبشروا
هيا فهل من مذكر ؟! . أيا عباد
الله
Reff

Ramadhan
Hadirmu anugera dari sang maha rahman
Denganmu beribu ribu dosa dihapuskan
Semua amalan
Dilipat gandakan bagi ummat rasulalllah ....
رمضان أفضل ما مر علي
دنيانا من أيام
وبه نزل القرآن علي خير
الإنام
رمضان به البشرى
ومع العسر يسرا وهذا ظننا
بالله

Hilalmu datang menerangi
‎‏Hariku yang trasa sunyi
‎‏Oooh ramadhan
Berkahmu kutunggu

‎‏Angkat musibahku
رمضان خير ما تؤتي
السنه
الا بذكر الله نحيا فكبروا
واذا إشتد البلاء
.. هو للقلوب شفاء
وهذا و عد الله
Reff

Ramadhan
Hadirmu anugera dari sang maha rahman
Denganmu beribu ribu dosa dihapuskan
Semua amalan
Dilipat gandakan bagi ummat rasulalllah ....
رمضان أفضل ما مر علي
دنيانا من أيام
وبه نزل القرآن علي خير
الإنام
رمضان به البشرى
ومع العسر يسرا وهذا ظننا
بالل
Kehidupan kita dimuka bumi ini diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian. Kaya miskin, cantik hudoh, baik budi angkuh dan sebagainya tidak lain tidak bukan untuk melihat sejauh mana manusia bersabar dengan segala ujian itu. Jangan sesekali beranggapan orang miskin kehidupan mereka tidak bahagia dan sebaliknya orang kaya pula kehidupan mereka lebih bahagia. Kebahagian dan kekecewaan sesuatu yang subjektif. Sukar untuk ditafsirkan dengan mata kasar. Apapun, kita ketika masih ini rebutlah peluang mendekati orang-orang yang kurang bernasib baik kerana ketika mana kita membantu, doa mereka untuk kesejahteraan kita mungkin dimakbulkan oleh Allah SWT.

Sebuah keluarga 9 beranak dikurniakan suatu kehidupan yang bahagia walaupun tidak begitu senang. Kehidupan ala kadar. Anak-anak masih boleh merasa lauk ketika makan. Namun jauh disudut hati kedua-dua ibubapa mungkin mahu anak-anak bila besar nanti menjalani kehidupan yang lebih baik setelah mereka menjalani liku-liku kehidupan yang sukar ketika kecil. Sebenarnya kehidupan yang susah ketika kecil lebih banyak mengajar anak-anak lebih berdikari dan lebih menghargai antara satu sama lain. Kelak bila besar nanti mereka juga suka membantu orang lain yang susah.

Saya dan rakan-rakan sampai di rumah Abe Nor, seorang lelaki berumur sekitar 60an menyapa mesra kami. Wajahnya menggambarkan kegembiraan takkala kami membawa juadah berbuka puasa. Rumah usang benar-benar menarik perhatian saya. Ingatan saya terus kepada suatu kehidupan saya dahulu kala ketika mana mengunjungi nenek ketika kami sekeluarga tinggal di Pengkalan Chepa. Ketika itu hampir 50 tahun yang lalu. Kini kita sudah berada di abad ke-21. Masya Allah rumah peninggalan orang tua ini masih gagah menaburkan jasa memberi perlindungan kepada keluarga ini.

Anak-anak pun ramai yang sudah besar. Dapatlah meringankan beban ibu mengemas rumah. Walaupun rumah usang tetapi keadaan rumah dijaga rapi dan bersih. Lelaki ini bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Kota Bharu. Dia berulang-alik ke Kota Bharu dan sejak Perintah Kawalan Pergerakan, dia tidak lagi boleh bekerja. Rezeki Allah SWT itu ada di mana-mana sahaja. Masih ada insan berhati mulia menghulurkan bantuan kepada keluarga ini ketika tempoh PKP.

Saya dan rakan-rakan masuk ke rumah itu. Terusun rapi. Ruang tamu yang kemas. Saya bersila bertanya khabar tentang keluarga ini. Ramah sekali mereka berbual-bual dengan saya dan sesekali saya dapat rasanya perasaan sebak lelaki ini takkala menerima kami menziarahi mereka. Sebak mungkin kerana masih ada orang-orang di luar sana yang mereka tidak kenali berhati mulia menghulurkan bantuan kepada mereka. Syukur Alhamdulillah saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang yang mana pada petang ini mereka boleh berbuka puasa dan merasa hidangan yang lain dari kebiasaan.

Kepada anak-anak Abe Nor..sayangilah sepenuh hati kedua-dua ibubapamu. Jangan sesekali ada perasaan malu tinggal di rumah usang kerana itulah SYURGAMU tempat kamu berlindung dan dibesarkan. Mudah-mudahan bila besar kelak bisa menjadi orang yang berguna dan juga membantu orang lain yang susah. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment