Wednesday, August 13, 2025

PROGRAM KAMI PRIHATIN: JOM KUNJUNGI MASJID

Anjuran Alumni SK Tok Sangkut

KG LUMPUR – Semangat ukhuwah dan kepedulian masyarakat kembali terpancar melalui penganjuran Program Kami Prihatin: Jom Kunjungi Masjid oleh Alumni Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut. Program yang berlangsung di Masjid Haji Yaakob di Kg Lumpur, Pasir Mas, Kelantan.  Program ini berjaya mengumpulkan ahli-ahli alumni, penduduk setempat, dan generasi muda bagi mengimarahkan rumah Allah serta menyuburkan kesedaran rohani dalam kalangan umat Islam.



Kemuncak program ialah penyampaian tazkirah bertajuk “Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat” oleh Ustaz Adnan, penggerak utama Alumni yang dikenali sebagai seorang yang aktif membantu ahli-ahli alumni serta penduduk kampung. Tazkirah beliau mengupas dengan mendalam makna kemerdekaan sebenar — bukan hanya bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi bebas daripada belenggu dosa dan kelalaian yang memenjarakan hati.

Ustaz Adnan menekankan bahawa kemerdekaan hakiki adalah apabila seorang hamba dibebaskan daripada azab neraka dan dianugerahkan syurga Allah di akhirat kelak. Beliau mengaitkan pesanan ini dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali 'Imran ayat 185:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat; maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Selain itu, Ustaz Adnan juga mengingatkan jemaah tentang hakikat kematian yang pasti menjemput setiap insan, tanpa mengira pangkat, harta, atau usia. Beliau membawakan sabda Rasulullah SAW:

“Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kelazatan (iaitu kematian).”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dalam tazkirah tersebut, beliau turut menyentuh isu perjuangan menegakkan keadilan bagi Allahyarhamah Zara Qairina, yang menjadi simbol keteguhan hati alumni dan penduduk kampung untuk membela kebenaran. Menurut beliau, menegakkan keadilan adalah tuntutan agama, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana apabila orang mulia mencuri, mereka membiarkannya, dan apabila orang lemah mencuri, mereka menegakkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Cabutan bertuah juga disediakan kepada jemaah bagi menggalakkan lagi kehadiran orang-orang kampung ke masjid untuk solat jemaah dan mendengar tazkirah. Kehadiran ramai ahli alumni yang bersatu hati dalam program ini membuktikan bahawa ikatan persaudaraan tidak pernah pudar walaupun telah lama meninggalkan bangku sekolah. Mereka bukan sahaja mengimarahkan masjid melalui majlis ilmu, malah terus menyalakan obor perjuangan demi masyarakat dan agama.

Program ini diakhiri dengan sesi doa selamat dan jamuan ringan yang disediakan oleh penduduk kampung. Suasana penuh mesra dan ukhuwah menjadi bukti bahawa masjid bukan hanya pusat ibadah, tetapi juga pusat penyatuan hati dan perjuangan bersama.

Secara jujur, saya merasakan jamuan yang dimasak oleh penduduk Kg Lumpur malam ini sungguh sedap dan menyelerakan. Walaupun hidangannya ringkas, namun rasanya luar biasa. Perut lembu bersama air asam yang segar, daging yang empuk, dan ikan masin yang cukup rasa benar-benar membangkitkan selera. Jarang sekali saya berpeluang menikmati sajian seperti ini. Hidangan tersebut mengingatkan saya kepada masakan arwah ibu yang sering memasak asam pedas ayam atau daging – aroma dan rasanya masih segar dalam ingatan.

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada penduduk Kampung Lumpur yang telah menyediakan makanan yang begitu enak untuk ahli Alumni SK Tok Sangkut dan para jemaah. Makan secara beramai-ramai di perkarangan masjid bukan sahaja mengenyangkan, tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim. Suasana penuh mesra, gelak tawa, dan rasa kebersamaan menjadikan malam ini benar-benar istimewa. Sesungguhnya, makanan yang dikongsi bersama terasa lebih nikmat.

ด้วยความจริงใจ ผมรู้สึกว่าอาหารเลี้ยงที่ชาวบ้านกัมปงลุมปูร์ทำในคืนนี้อร่อยและน่ารับประทานมาก แม้ว่าจะเป็นเมนูเรียบง่าย แต่รสชาติกลับยอดเยี่ยม เนื้อพุงวัวพร้อมน้ำจิ้มซีฟู้ดรสเปรี้ยวสดชื่น เนื้อนุ่ม และปลาเค็มที่มีรสพอดี ล้วนกระตุ้นความอยากอาหารได้อย่างดี ผมไม่ค่อยมีโอกาสได้ลิ้มรสอาหารแบบนี้บ่อยนัก อาหารเหล่านี้ทำให้ผมนึกถึงฝีมือการทำกับข้าวของคุณแม่ผู้ล่วงลับ ที่ชอบทำแกงเผ็ดเปรี้ยวใส่ไก่หรือเนื้อ — กลิ่นและรสชาตินั้นยังคงอยู่ในความทรงจำ

อัลฮัมดุลิลลาห์ ขอขอบคุณชาวบ้านกัมปงลุมปูร์ที่ได้จัดเตรียมอาหารแสนอร่อยให้กับสมาชิกศิษย์เก่า SK Tok Sangkut และญะมาอะฮ์ การรับประทานอาหารร่วมกันที่ลานมัสยิดไม่เพียงแค่ทำให้อิ่มท้อง แต่ยังช่วยกระชับความสัมพันธ์ระหว่างกัน บรรยากาศที่เต็มไปด้วยความเป็นกันเอง เสียงหัวเราะ และความรู้สึกร่วมกัน ทำให้ค่ำคืนนี้พิเศษอย่างแท้จริง อาหารที่แบ่งปันกันย่อมอร่อยยิ่งขึ้น

No comments:

Post a Comment

Kematian dan Seksa Kubur

KG SEBERANG MERBAU HILIR - Pada malam yang penuh keberkatan itu, Surau Kampung Seberang Merbau Hilir menjadi saksi kepada sebuah majlis ilmu...