Sunday, August 31, 2025

SUASANA MERDEKA BERGEMA DI ALAM DESA

KG SERONGGA A.K.A SERONGGA CITY - Sukar benar hendak digambarkan akan kemeriahan yang menyelubungi sambutan hari keramat kemerdekaan di Kampung Serongga, daerah Pasir Mas, Kelantan. Sesungguhnya, pada malam tersebut, langit pun seolah-olah turut tersenyum, menyaksikan anak watan desa bangkit menghidupkan suasana seakan kembali ke zaman sebelum merdeka.

Inilah AJK Kg Serongga a.k.a Serongga City yang menjadi tulang belakang penganjuran Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-68 menjelang 31 Ogos. Terlajak tampan dan gagah perkasa seperti Badang di dalam filem Melayu Klasik.

Sekalian pintu gerbang dihias dengan bendera beraneka warna, tergantung megah melambai-lambai ditiup bayu malam. Pentas utama pula diterangi karak-karak api yang dipasang pada batang-batang buluh, berderet menyala seperti obor zaman purbakala, menjadikan suasana malam itu penuh gilang-gemilang.

Tiadalah terperi indahnya tatkala perarakan agung berlangsung, tatkala "Permaisuri Serongga" berangkat masuk, diiringi hulubalang-hulubalang yang gagah lagi tampan, memegang unggun api umpama pendekar di zaman silam. Sorak sorai hadirin berderai, anak kecil hinggalah ke orang tua, semuanya berdiri memberi hormat sambil melaungkan kata-kata keramat, “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Terselit jua acara yang menghiburkan hati sekalian rakyat, iaitu Pertandingan Ratu Kebaya, di mana para gadis desa berlenggang dengan penuh ayu serta sopan, menzahirkan kecantikan dan warisan busana Melayu nan asli. Setelah itu, cabutan bertuah pula menceriakan hadirin, membawa gelak tawa dan senyuman yang tiada putus-putus. Tidak ketinggalan tayangan filem agung Bukit Kepong, yang menggetarkan jiwa setiap penonton, menyalakan kembali api semangat perjuangan bangsa menentang penjajahan.

Namun, acara yang paling dinanti sekalian rakyat ialah tatkala Permaisuri Serongga, yang jarang-jarang sekali keluar dari dalam kampung, tampil di pentas utama dengan penuh wibawa. Sejurus berdiri, baginda pun mendeklamasikan sebuah sajak kemerdekaan dengan suara lantang bergetar jiwa Maka bergemalah tepukan gemuruh seantero rakyat jelata, sebahagiannya menitiskan a.ta, terharu dengan kata-kata keramat yang menusuk ke sanubari.

Seorang ahli jawatankuasa penganjur, saudara Epy, tatkala ditemui, meluahkan rasa kagum serta terharu akan sambutan luar biasa ini. Katanya, tidak pernah disangka begitu ramai penduduk kampung keluar beramai-ramai, menanti sehingga detik jam dua belas malam, seolah-olah sedang menunggu laungan azan kemerdekaan bergema dari menara negara.

Sesungguhnya, sambutan sebegini bukan sekadar hiburan semata, bahkan menjadi medan menyuburkan semangat perpaduan. Andai kata sebelum merdeka nenek moyang kita bersatu padu melawan penjajah, maka generasi kini pula wajib bersatu menegakkan maruah bangsa melalui ilmu, perpaduan dan akhlak mulia.

Bangkitlah wahai anak watan, genggam bara perjuangan ini jangan sampai padam. Biarlah tubuh rebah menyembah bumi, namun semangat merdeka tetap membara di jiwa.

Demikianlah, malam di Serongga menjadi saksi kepada perpaduan, kegembiraan dan rasa cinta akan tanah air. Semoga semangat ini terus mekar, menjadi warisan untuk anak cucu, agar mereka mengerti bahawa kemerdekaan ini bukan datang bergolek, melainkan hasil titisan darah dan keringat para pejuang bangsa.

Hidup Merdeka! Hidup Serongga!


Album Sambutan Merdeka Kg Serongga, 2025











Friday, August 29, 2025

Ziarah Prihatin Alumni SKTS - “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

KG BANGGOL STOL - Petang ini, Alumni SK Tok Sangkut telah berkesempatan menziarahi sebuah keluarga di Kg Banggol Stol. Lawatan ini diatur oleh pengerusi Alumni, iaitu Cikgu Adnan, yang memaklumkan tentang keadaan seorang pesakit dikenali dengan nama Mok Yoh. Pada awalnya, saya sendiri agak kurang pasti siapakah sebenarnya Mok Yoh kerana sudah sekian lama tidak mendengar khabar. Namun, apabila sampai di rumah berkenaan, barulah saya teringat kembali bahawa Mok Yoh ini sering juga datang berkunjung ke rumah arwah ibu saya, Allahyarhamah Mokcik Jarah. Usia mereka pula tidaklah jauh berbeza, membuatkan kenangan lama kembali segar di ingatan.

Cikgu Adnan dan ahli Alumni SKTS telah menziarahi Mok Yoh petang ini.


Ibu mertuanya juag terlantar akibat jatuh dan patah kaki sebelah kanan.

Suaminya juga terlantar akibat slip disk sejak dalam PKP tempoh hari.

Keadaan dalam rumah itu cukup menyentuh hati. Benarlah kata pepatah, “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.” Bukan seorang sahaja yang sakit, malah terdapat tiga insan yang diuji dalam keluarga berkenaan. Pertama sekali, keadaan Mok Yoh sendiri amat uzur. Beliau kini hanya bergantung kepada susu Ensure yang disalurkan melalui tiub hidung. Harga setin susu ini mencecah kira-kira RM99 dan hanya mampu bertahan untuk tempoh lima hari. Bayangkanlah, sudah bertahun lamanya Mok Yoh terlantar begini, dengan tubuh semakin lemah namun tetap bertahan melawan sakit.

Selain itu, ibu mertuanya turut menanggung derita. Beliau mengalami kecederaan akibat jatuh sehingga tulang pada bahagian kaki kanan patah. Akibat itu, beliau tidak mampu berjalan, meskipun masih boleh bertutur dengan jelas. Kesakitan yang dialami tentunya memberi kesan besar kepada keupayaan harian beliau.

Manakala seorang lagi ahli keluarga, iaitu suami kepada penjaga Mok Yoh, juga berdepan masalah kesihatan serius. Beliau mengalami sakit slip disk yang mungkin berpunca daripada pekerjaan sebagai tukang jahit, kerana kebiasaannya duduk terlalu lama. Keadaan ini menyebabkan pergerakan terbatas dan menambah lagi beban tanggungjawab dalam rumah tersebut.

Melihat situasi yang mencabar ini, kami dari pihak Alumni SK Tok Sangkut merasakan perlunya masyarakat sekitar menghulurkan bantuan. Bantuan utama yang amat diperlukan adalah susu Ensure untuk keperluan harian Mok Yoh serta pampers saiz L. Sumbangan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan atau kunjungan ziarah amatlah dihargai.

Keluarga ini jelas sedang melalui ujian berat. Justeru, marilah kita yang berlapang dada sama-sama membantu sekadar kemampuan. Mereka yang berhajat untuk menghulurkan bantuan boleh terus menghubungi Cikgu Adnan (014-8142434) selaku pengerusi Alumni SK Tok Sangkut. Mudah-mudahan usaha kecil kita menjadi sumber kekuatan untuk keluarga ini.

Wednesday, August 20, 2025

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 di Kg Serungga, Pasir Mas

KG SERUNGGA@SERUNGGA CITY - Tahun 2025 mencatat sejarah baharu apabila Malaysia menyambut ulang tahun Kemerdekaan kali ke-68. Bagi seluruh rakyat, detik ini bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi suatu simbol kebebasan, maruah, dan perjuangan panjang menentang penjajahan. Di sebalik kegemilangan sambutan di bandar-bandar besar, terdapat kisah menarik dari sebuah kampung pedalaman di daerah Pasir Mas, iaitu Kg Serungga, yang menzahirkan semangat patriotisme dengan cara tersendiri.

Salah satu rumah yang membuat pintu gerbang sempena menyambut kemerdekaan di Kg Serungga. 

Kg Serungga, walaupun terletak jauh dari pusat bandar, tidak pernah ketinggalan meraikan bulan kebangsaan. Penduduk kampung ini dengan penuh semangat merancang sambutan kemerdekaan kali ke-68 tahun ini dengan pelbagai aktiviti. Antara acara yang paling menarik perhatian ialah usaha untuk menayangkan “wayang pacal,” iaitu tayangan layar putih tradisional yang suatu ketika dahulu menjadi hiburan utama masyarakat desa. Inisiatif ini bukan sahaja mengembalikan nostalgia zaman lampau, malah menghidupkan semula budaya tontonan komuniti yang semakin pupus akibat arus moden teknologi digital.

Selain itu, penduduk Kg Serungga turut berganding bahu menganjurkan pertandingan hiasan rumah tercantik sempena Merdeka. Sepanjang laluan utama kampung, kelihatan bendera Jalur Gemilang berkibar megah, digandingkan dengan hiasan lampu dan kain berwarna-warni. Beberapa rumah dihias penuh kreativiti, ada yang menggunakan motif tradisional Melayu seperti wau bulan, anyaman buluh, dan juga simbol kemajuan negara seperti Menara Berkembar Petronas serta LRT. Aktiviti ini bukan sekadar menyerlahkan keindahan visual, tetapi melambangkan kesepaduan masyarakat dalam menjiwai semangat kemerdekaan.

Mengaitkan kembali dengan sejarah, tarikh 31 Ogos 1957 menjadi titik penting bagi negara apabila laungan “Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka menandakan tamatnya era penjajahan British. Kemerdekaan diperoleh hasil perjuangan tokoh politik, pemimpin masyarakat, dan pengorbanan rakyat yang cintakan tanah air. Bagi penduduk Kg Serungga, meskipun mereka hidup di pedalaman, sejarah ini tetap dekat di hati. Ramai antara generasi lama di kampung ini pernah melalui zaman sebelum merdeka, menyaksikan kesusahan hidup di bawah penjajahan serta peralihan ke era baharu yang menjanjikan lebih banyak kebebasan.

Signifikan sambutan ini bagi penduduk Kg Serungga amat jelas. Pertama, ia menjadi wadah untuk mendidik generasi muda tentang erti kemerdekaan, agar mereka tidak melupakan sejarah dan menghargai pengorbanan leluhur. Kedua, ia memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat kampung. Melalui aktiviti gotong-royong menghias rumah, menyediakan juadah, dan menguruskan acara, terjalinlah ikatan kekeluargaan yang lebih erat. Ketiga, sambutan ini memberi ruang kepada penduduk untuk mengekspresikan rasa cinta kepada tanah air dengan cara yang kreatif dan meriah.

Sebagai sebuah komuniti yang sederhana, Kg Serungga membuktikan bahawa semangat patriotisme tidak semestinya diukur melalui kemegahan acara berskala besar, tetapi melalui keikhlasan, kreativiti, dan rasa syukur. Wayang pacal yang dirancang, hiasan rumah berwarna-warni, serta semangat kerjasama seluruh penduduk jelas mencerminkan roh kemerdekaan yang sebenar.

Oleh itu, sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 tahun 2025 di Kg Serungga bukan sekadar pesta tahunan, tetapi sebuah peringatan bahawa kebebasan yang dinikmati hari ini lahir daripada pengorbanan besar, dan tugas generasi kini ialah memastikan ia terus dipelihara serta diwarisi oleh anak cucu kelak.


Harapan Baru untuk satu pasangan muda

KG PALOH - Petang ini, perjalanan saya ke Kg Paloh, Pasir Mas, membuka satu lagi lembaran kecil tentang makna kemanusiaan dan kepedulian sosial. Tidak jauh dari rumah saya, kami menziarahi sepasang suami isteri muda yang mempunyai seorang anak dan menetap di sebuah rumah kecil yang usang. Kunjungan ini disertai Pengerusi Persatuan Belia Prihatin (PBP) Tuan Hamdan Mat, beberapa ahli persatuan, dan cikgu yang turut serta dalam usaha kebajikan setempat. Tujuan kami jelas: menyantuni asnaf, mendengar denyut nadi kehidupan mereka, dan menghulurkan bantuan yang termampu sebagai langkah awal membina semula harapan.

Keadaan rumah pasangan ini agak usang dan memerlukan perhatian segera. Dindingnya rapuh, lantai tidak sekata, dan atap zink yang terlihat tertampal-tampal mengekang panas petang yang lengas. Namun, pada wajah mereka tersirat kesabaran, dan pada tutur kata mereka terpancar adab yang halus. Saya menghulurkan sedikit sumbangan sebagai galakan awal, seraya menyampaikan komitmen PBP dan pihak sekolah untuk menggerakkan usaha membina kediaman yang lebih selesa. Perancangan awal kami adalah untuk melihat pekerluan rumah ini untuk dibai pulih serta menilai struktur asas, dan akan datang  mengumpulkan bahan binaan melalui jaringan komuniti dan dermawan setempat. Kami percaya rumah yang lebih selamat bukan sekadar bangunan fizikal, tetapi asas psikososial yang menyokong kesejahteraan keluarga kecil ini.

Dalam pada itu, satu pemandangan yang tidak dijangka mencuri perhatian saya: seekor monyet jinak yang ditambat di pinggir semak. Monyet itu tampak tenang, seolah-olah mengerti suasana yang mendamaikan. Saat saya mengusap bulunya, tingkahnya manja, matanya redup, dan tangannya yang kecil menyentuh lengan saya dengan keakraban yang mengharukan. Detik ringkas ini menghadirkan renungan tentang hubungan manusia dengan alam—bahawa kelembutan bukan hanya milik manusia; ia terbit juga pada makhluk lain yang berkongsi ruang hidup dengan kita. Kehadiran monyet itu seakan menyeimbangkan rasa: di tengah keterbatasan material, wujud kasih, jinak, dan damai yang meluruhkan dinding perbezaan.

Selepas menilai keperluan, kami menyusun beberapa langkah kerja: pengauditan bantuan mengikut keutamaan (bumbung, lantai, pengudaraan), penyelarasan tarikh gotong-royong, dan pengaktifan rakan strategik untuk sumbangan kewangan serta bahan binaan. Kami juga merancang sokongan susulan berupa pemantauan kebersihan persekitaran, bimbingan keibubapaan ringan, dan saluran rujukan bagi bantuan kebajikan rasmi. Usaha kecil ini, jika dilaksanakan dengan tertib dan berterusan, mampu menjadi model micro-empowerment di kampung-kampung sekitar.

Menjelang senja, kami beredar dengan hati yang terisi. Kunjungan singkat telah meneguhkan tekad bahawa kebajikan bukan episod bermusim, tetapi amalan berterusan yang menumbuhkan martabat. Pada keluarga muda itu kami titipkan janji: esok yang lebih baik bermula dengan langkah bersama hari ini. Dan pada monyet yang manja itu,saya akan datang lagi - pengakap kasih kan binatang

Wednesday, August 13, 2025

PROGRAM KAMI PRIHATIN: JOM KUNJUNGI MASJID

Anjuran Alumni SK Tok Sangkut

KG LUMPUR – Semangat ukhuwah dan kepedulian masyarakat kembali terpancar melalui penganjuran Program Kami Prihatin: Jom Kunjungi Masjid oleh Alumni Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut. Program yang berlangsung di Masjid Haji Yaakob di Kg Lumpur, Pasir Mas, Kelantan.  Program ini berjaya mengumpulkan ahli-ahli alumni, penduduk setempat, dan generasi muda bagi mengimarahkan rumah Allah serta menyuburkan kesedaran rohani dalam kalangan umat Islam.



Kemuncak program ialah penyampaian tazkirah bertajuk “Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat” oleh Ustaz Adnan, penggerak utama Alumni yang dikenali sebagai seorang yang aktif membantu ahli-ahli alumni serta penduduk kampung. Tazkirah beliau mengupas dengan mendalam makna kemerdekaan sebenar — bukan hanya bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi bebas daripada belenggu dosa dan kelalaian yang memenjarakan hati.

Ustaz Adnan menekankan bahawa kemerdekaan hakiki adalah apabila seorang hamba dibebaskan daripada azab neraka dan dianugerahkan syurga Allah di akhirat kelak. Beliau mengaitkan pesanan ini dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali 'Imran ayat 185:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat; maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Selain itu, Ustaz Adnan juga mengingatkan jemaah tentang hakikat kematian yang pasti menjemput setiap insan, tanpa mengira pangkat, harta, atau usia. Beliau membawakan sabda Rasulullah SAW:

“Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kelazatan (iaitu kematian).”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dalam tazkirah tersebut, beliau turut menyentuh isu perjuangan menegakkan keadilan bagi Allahyarhamah Zara Qairina, yang menjadi simbol keteguhan hati alumni dan penduduk kampung untuk membela kebenaran. Menurut beliau, menegakkan keadilan adalah tuntutan agama, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana apabila orang mulia mencuri, mereka membiarkannya, dan apabila orang lemah mencuri, mereka menegakkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Cabutan bertuah juga disediakan kepada jemaah bagi menggalakkan lagi kehadiran orang-orang kampung ke masjid untuk solat jemaah dan mendengar tazkirah. Kehadiran ramai ahli alumni yang bersatu hati dalam program ini membuktikan bahawa ikatan persaudaraan tidak pernah pudar walaupun telah lama meninggalkan bangku sekolah. Mereka bukan sahaja mengimarahkan masjid melalui majlis ilmu, malah terus menyalakan obor perjuangan demi masyarakat dan agama.

Program ini diakhiri dengan sesi doa selamat dan jamuan ringan yang disediakan oleh penduduk kampung. Suasana penuh mesra dan ukhuwah menjadi bukti bahawa masjid bukan hanya pusat ibadah, tetapi juga pusat penyatuan hati dan perjuangan bersama.

Secara jujur, saya merasakan jamuan yang dimasak oleh penduduk Kg Lumpur malam ini sungguh sedap dan menyelerakan. Walaupun hidangannya ringkas, namun rasanya luar biasa. Perut lembu bersama air asam yang segar, daging yang empuk, dan ikan masin yang cukup rasa benar-benar membangkitkan selera. Jarang sekali saya berpeluang menikmati sajian seperti ini. Hidangan tersebut mengingatkan saya kepada masakan arwah ibu yang sering memasak asam pedas ayam atau daging – aroma dan rasanya masih segar dalam ingatan.

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada penduduk Kampung Lumpur yang telah menyediakan makanan yang begitu enak untuk ahli Alumni SK Tok Sangkut dan para jemaah. Makan secara beramai-ramai di perkarangan masjid bukan sahaja mengenyangkan, tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim. Suasana penuh mesra, gelak tawa, dan rasa kebersamaan menjadikan malam ini benar-benar istimewa. Sesungguhnya, makanan yang dikongsi bersama terasa lebih nikmat.

ด้วยความจริงใจ ผมรู้สึกว่าอาหารเลี้ยงที่ชาวบ้านกัมปงลุมปูร์ทำในคืนนี้อร่อยและน่ารับประทานมาก แม้ว่าจะเป็นเมนูเรียบง่าย แต่รสชาติกลับยอดเยี่ยม เนื้อพุงวัวพร้อมน้ำจิ้มซีฟู้ดรสเปรี้ยวสดชื่น เนื้อนุ่ม และปลาเค็มที่มีรสพอดี ล้วนกระตุ้นความอยากอาหารได้อย่างดี ผมไม่ค่อยมีโอกาสได้ลิ้มรสอาหารแบบนี้บ่อยนัก อาหารเหล่านี้ทำให้ผมนึกถึงฝีมือการทำกับข้าวของคุณแม่ผู้ล่วงลับ ที่ชอบทำแกงเผ็ดเปรี้ยวใส่ไก่หรือเนื้อ — กลิ่นและรสชาตินั้นยังคงอยู่ในความทรงจำ

อัลฮัมดุลิลลาห์ ขอขอบคุณชาวบ้านกัมปงลุมปูร์ที่ได้จัดเตรียมอาหารแสนอร่อยให้กับสมาชิกศิษย์เก่า SK Tok Sangkut และญะมาอะฮ์ การรับประทานอาหารร่วมกันที่ลานมัสยิดไม่เพียงแค่ทำให้อิ่มท้อง แต่ยังช่วยกระชับความสัมพันธ์ระหว่างกัน บรรยากาศที่เต็มไปด้วยความเป็นกันเอง เสียงหัวเราะ และความรู้สึกร่วมกัน ทำให้ค่ำคืนนี้พิเศษอย่างแท้จริง อาหารที่แบ่งปันกันย่อมอร่อยยิ่งขึ้น

Saturday, August 9, 2025

Pemasangan CCTV Solar di Garaj: Keselamatan Rumah Semakin Terjamin

LUBOK JONG - Hari ini merupakan satu pencapaian penting bagi saya apabila berjaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) berkuasa solar di garaj rumah. Alhamdulillah, segala proses pemasangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal yang besar. Penggunaan CCTV berkuasa solar ini menjadi pilihan utama kerana ia mesra alam, tidak memerlukan sambungan elektrik terus, serta mudah dipasang di lokasi yang menerima cahaya matahari mencukupi.


CCTV ini disambungkan dengan rangkaian Wifi rumah, membolehkan saya memantau keadaan rumah walaupun berada jauh. Ciri ini memberikan ketenangan fikiran terutamanya ketika saya berada di luar kawasan atau bekerja. Melalui aplikasi di telefon pintar, saya dapat melihat rakaman secara langsung, menyemak semula video yang disimpan, dan menerima notifikasi sekiranya ada pergerakan mencurigakan.

Menariknya, saya membeli peranti ini melalui sesi siaran langsung di platform TikTok. Pembelian dalam talian ini bukan sahaja memudahkan, malah menawarkan harga yang lebih berpatutan berbanding di kedai fizikal. Selain itu, penjual turut memberikan demonstrasi pemasangan secara langsung, memudahkan saya memahami cara penggunaannya.

Dengan adanya sistem pemantauan ini, saya berasa lebih yakin terhadap tahap keselamatan rumah dan kenderaan. CCTV solar bukan sekadar teknologi moden, tetapi juga satu pelaburan jangka panjang dalam menjaga keselamatan kediaman. Ia membuktikan bahawa gabungan inovasi tenaga boleh diperbaharui dan teknologi digital mampu memberikan manfaat besar dalam kehidupan seharian.

Sunday, July 27, 2025

The Anti-Drug Programme

 SK GUAL TO'DEH - 

The Anti-Drug Programme in Malaysian Schools: An Academic Review

1. Introduction
The Drug Prevention Education Programme (Program Pendidikan Pencegahan Dadah, PPDa), commonly known as the Anti-Drug Programme, is implemented simultaneously nationwide across Malaysia. Coordinated by the Ministry of Education Malaysia (MOE) in collaboration with the National Anti-Drugs Agency (AADK), the Royal Malaysian Police, parents, and the local community, the primary aim of the programme is to build "Drug-Free Schools" through education, intervention, and community collaboration.

2. Programme Structure at the School Level

The PPDa programme consists of various initiatives, including:

  • 5-Minute Anti-Drug Messages: Delivered weekly during school assemblies (typically every Tuesday), these messages focus on drug awareness and reinforce the anti-drug pledge.

  • Anti-Drug Talks and Exhibitions: Collaboration with AADK and external agencies to deliver talks, video screenings, and interactive exhibitions in school compounds.

  • Creative and Co-Curricular Activities: Competitions such as poster making, mural painting, essay writing, poetry recitations, quizzes, and anti-drug aerobic sessions, facilitated through clubs such as the Anti-Drug Badge Scheme (SLAD) and Peer Helpers.

  • Urine Screening and Intervention Programmes: Implemented for secondary students identified as at-risk or positive through initiatives like the PIP (Student Intervention Programme) or SHIELDS (Love Life, Avoid Suffering Forever), including multi-day camps and life resilience counselling.

3. Age-Specific Programme Models

  • Primary School (Ages 10–12): The PINTAR 2.0 Programme (Program Intelek Asuhan Rohani) builds awareness, knowledge, and life skills through a 4-day 3-night camp for at-risk students.

  • Secondary School (Ages 13–18): The SHIELDS Programme focuses on students involved with or at risk of drug use, including urine testing, 3-day 2-night camps, and skill-building modules.

4. Implementation Strategies and Collaboration

  • The School Counselling Unit and school administrators play a key role in yearly planning. Parent-Teacher Associations (PIBG), local communities, AADK, police, and NGOs like PEMADAM also provide support.

  • A holistic approach integrates anti-drug messages across curriculum and co-curricular subjects, such as Moral Education, Physical and Health Education, Languages, and Islamic Studies.

5. Benefits and Impacts

  • Early Awareness and Prevention: Early detection of at-risk students enables timely intervention to prevent deeper involvement in drug abuse.

  • Improved Life Skills: Through modules focusing on coping skills, assertiveness, and stress management, students gain resilience to peer pressure and life challenges.

  • Positive Values and Healthy Lifestyles: Activities such as quizzes and sports promote healthy living and anti-drug values.

  • Community and Family Involvement: Active participation from parents and local communities strengthens the support network for students.

6. Implementation Challenges

  • Resource and Logistical Constraints: Not all schools have equal access to AADK officers, multimedia tools, or the facilities needed to conduct intervention camps.

  • Continuity of Activities: Some schools only conduct anti-drug events during Drug Awareness Month, with limited follow-up activities throughout the year.

  • Teacher and Student Engagement: Varying levels of awareness and commitment among teachers and students affect programme effectiveness.

7. Recommendations for Improvement (Based on Recent Findings)

  • Evidence-Based Programme Implementation: Research supports the use of life skills training frameworks for adolescent interventions, which should be integrated into PPDa.

  • Digitalisation of PPDa Modules: Leveraging online platforms (social media, interactive videos) can help deliver anti-drug messages in a format appealing to the digital-native generation.

  • Student-Led Peer Engagement: Assigning Peer Helpers or SLAD members as advocates for drug awareness among their peers can increase programme impact.

  • Peer-Led Evaluation: Involving students in observing and providing feedback on PPDa activities can support continuous improvement from the ground up.

8. Conclusion
The PPDa Anti-Drug Programme in schools is a comprehensive national initiative that uses education, intervention, and community support to build a drug-free school environment. From daily pledges to structured intervention camps, its success depends on ongoing school commitment, collaboration with stakeholders, and promoting values and life skills among students. For greater impact, the programme should adopt evidence-based strategies, digitise its learning modules, and empower students as change agents in their own learning environments.

Kematian dan Seksa Kubur

KG SEBERANG MERBAU HILIR - Pada malam yang penuh keberkatan itu, Surau Kampung Seberang Merbau Hilir menjadi saksi kepada sebuah majlis ilmu...