KG REPEK – “Berat mata memandang, berat lagi bahu
yang memikul”. Hujan lebat pada sebelah petang bukanlah hujan biasa tetapi
hujan lebat bersama-sama ribut kencang yang di alami oleh penduduk kampung di
sekitar Pasir Mas dan Kampung Repek antara yang terjejas. Masih trauma dan
ketakutan akibat kejadian itu, ahli keluarga ini hanya mampu bersabar dan tetap
bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat.
Setiap kali hujan, hatinya berdebar-debar dan
pandangan mata hanya tertumpu kepada sebatang pokok besar yang berada di
sebelah rumahnya. Hati mana tidak pilu takkala hujan dan ribut melihat pokok
itu terhayung-hayung menanti masa dan ketika untuk tumbang. Sebelum ini sebatang
pokok telah tumbang dan terkena tandas belakang rumahnya.
Bilal Malaya
a.k.a Hamdan Mat berdiri di hadapan pokok bersaiz balak yang tumbang ke atas
rumahnya ketika hujan lebat dan ribut yang berlaku sekitar pukul 5.30 petang.
Kredit gambar oleh Mr Kopikarat.
Sejak seminggu yang
lalu, hujan sering berlaku pada sebelah petang. Akan tetapi semalam hujan lebat
itu berlaku sekali dengan ribut yang kuat. Sepanjang saya ke rumah beliau, saya
dapat lihat beberapa laluan pokok dan dahan yang sudah dibersihkan di tepi-tepi
jalan. Khabarnya hujan dan ribut juga berlaku sekitar Pohon Tanjung dan beberapa
kampung lagi. Sekitar Lubok Jong hanya hujan lebat. Apa yang bermain di
fikirannya selama ini akhir terjadi. Petang itu hujan sangat lebat. Menurut
isterinya, mereka berkumpul di bahagian dapur berharap pokok itu sekiranya tumbang
tidak kena bahagian dapur. Sebaliknya pokok itu tumbang betul-betul bahagian
bucu dapur. Dia yang memegang erat cucunya terus lari menyelamatkan diri. Dia
bercerita dalam keadaan yang masih takut dan trauma. Bayangkan ketika itu
sedang memeluk erat cucunya.
Sebaik hujan dan
ribut reda, kami sekeluarga berasa selamat dan melihat keadaan di sekitar dan
dalam rumah. Sebuah bilik yang mana bumbung atas perlu ditukar sama sekali kerana
keadaan yang tidak selamat. Pihak bomba juga memaklumkan keadaan bumbung yang
tidak begitu selamat kerana kerangka rumah yang retak akibat dihempap batang pokok
itu. Bahagian bucu dapur juga mengalami kerosakan.
Alhamdulillah sejurus
keadaan selamat, orang-orang berdekatan dan pihak bomba datang membantu
mengalihkan pokok besar itu. Sekiranya hujan pastinya kawasan rumah akan digenangi
air hujan. Struktur asas yang rosak dan bumbung perlu diperbaiki secepat mungkin.
Saya menyeru masyarakat dan netizen di luar sana berlapang dada untuk membantu
saudara kita Bilal Malaya ini supaya keluarganya kembali ceria apatah lagi
cucunya yang masih kecil itu. Semoga usaha kita membantu beliau dapat
disegerakan.
Sebarang bantuan
sila hubungi terus Bilal Malaya di talian 013-9496174
Kisah ini di youtube Mr Kopikarat
No comments:
Post a Comment