PASIR MAS – Sepanjang
saya hidup lebih 4 dekad yang lalu,
inilah pertama kali berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin
arahan sebegini agak biasa bagi negara-negara yang sering berlaku peperangan
atau bencana alam tetapi di negara kita Malaysia, inilah yang pertama saya
alami. Tempoh PKP setakat ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Ada hikmah di
sebalik apajua yang berlaku. Saya ada beberapa kenalan ‘backpacker’ di Italy, Canada, Perancis dan German, rata-rata mereka
meluahkan rasa sedih dan marah dengan bencana yang berlaku ini. Lihat sahaja di
Italy hampir lebih 500 orang mati setiap hari yang dijangkiti oleh Covid19.
Alhamdulillah sebagai Muslim, kita harus terima apajua yang berlaku sebagai
musibah yang diturunkan oleh Allah SWT di atas apa yang dilakukan oleh manusia.
Semoga
kita dirahmati oleh Allah swt. Amiin.
Saya sudah muat
menatap ‘status’ dan juga ‘post’ di media sosial yang rata-rata
mahu menjadi ‘unsung hero’ menyebarkan info-info yang tidak mereka ketahui
kesahihannya. Maka, setelah dimuatnaik di media sosial, ramailah pula netizen
ternanti-nanti untuk memberi komen dan tidak kurang juga yang berkongsi
pengalaman entah betul entahkan tidak. Apapun, netizen di Malaysia memang hebat
yang boleh menggegarkan dunia. Subahanallah.
Kakitangan hospital antara 'frontline' mencegah penularan Covid19. |
Askar dan polis juga 'frontline' menjaga pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) |
Dalam kita sibuk ‘meng-update status’, kita kadang-kadang
terlupa golongan ‘frontline’ dari
pelbagai cabang perkhidmatan seperti perubatan, pertahanan, penguatkuasaan
setempat dan sebagainya. Penuluran Covid19 telah mencetus suatu fenomena yang
tidak terjangka oleh kita bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Penduduk
dunia panik tidak menentu, kalau sebelum ini bebas bersosial tetapi sekarang bertemu
dengan kawan-kawan pun takut apatah lagi lepak-lepak di kedai kopi. Subhanallah
betapa kuatnya tentera Allah swt ini.
Covid19 telah
menjadi pendemik. Kerisauan pada tahap yang sukar untuk digambarkan. Pembelian
panik juga berlaku. Ada juga yang membeli ‘top
up’ beratus-ratus ringgit takut kalau-kalau terputus internet ketika
masyarakat dunia hangat bercakap pasal virus ini. Pelbagai macam ragam manusia
boleh dilihat dalam media sosial sepanjang tempoh ‘lockdown’. Namun ada golongan yang dikenali sebagai ‘barisan
hadapan’ tidak pun berganjak melangkah ke belakang menjalankan tugas walaupun
orang lain duduk berkurung di dalam rumah. Mereka adalah para doktor,
jururawat, polis, tentera dan juga sukarelawan. Mereka adalah..
UNSUNG HEROES
Di dalam artikel ini
saya ingin mengejutkan anda di luar sana agar tidak lena diulit mimpi sepanjang
tempoh PKP. Mimpi-mimpi indah di taman-taman syurga. Mungkin terjaga seketika
dek bunyi lesung padu melumatkan kakas gulai untuk hidangan seterusnya. Dalam kita
berselera menjamah makanan, masih ada orang yang mencari ikan-ikan di sungai
untuk santapan keluarga. Entahkan dapat entahkan tidak.
Biar gambar berbicara. Inilah realiti kehidupan. Sama-sama kita membantu jika ada lebih. |
Tidak merasa dah airkirm di pasar raya seperti yang kita beli untuk anak-anak kita. Sayu dan pilu. |
Kanak-kanak ini tidak tahu pun erti kesusahan pada masa ini. |
Bersyukur walaupun beras sekampit. |
Tempoh PKP
benar-benar menguji kesabaran kita. Kepuasan, kerimasan, kepanasan dan pelbagai
macam lagi rasa di dalam rumah sudah seperti azab bagi kita. Tetapi tahukah kita bahawa petugas barisan hadapan lebih lagi merasai apa yang kita rasa malah
mereka lebih terdedah kepada jangkitan virus ini. Nah..renungkanlah sejenak
apakah rasa kita itu seperti apa yang mereka rasa. Mereka pun ada keluarga
untuk dilindungi.
STAY
HOME, WE CAN MAKE A CHANGE
Inilah wira-wiran
negara disebalik tabir. Jati diri tinggi. Tidak mengeluh walaupun berisiko
tinggi berada di tempat awam. Insya Allah mereka sentiasa akan dilindungi oleh
Allah swt. Walaupun kita hanya berada di rumah tetapi masih lagi boleh memberi
bagi membantu barisan hadapan ini ketika menjalankan tugas. Semuanya terletak
di tangan anda. Apapun pun bentuk bantuan yang kita berikan, pastinya akan
dihargai oleh mereka ini. Ganjaran besar kelak untuk kita.
Bekalan tengahari untuk warga JPAM dan polis di sekitar Pasir Mas. |
Pakat-pakat kita membantu. Insya Allah.