Saturday, March 7, 2020

Bukit Panau - Hiking terkenal di Kelantan



BUKIT PANAU – Siapa sangka Bukit Panau yang terletak di sempadan Pasir Mas – Tanah Merah pada hari ini menjadi destinasi pendakian yang popular di negeri Kelantan. Kuasa viral
menjadikan lokasi ‘hiking’ lebih cepat dikenali oleh para pendaki dan juga pencinta alam sekitar di seluruh Malaysia. Kalau dahulu Bukit Panau sering dikaitkan dengan sejarah Puteri Saadong yang dikatakan berada di sini. Begitu juga dikatakan Hang Tuah pernah sampai dan bertapa di bukit ini. Tidak ada siapa yang mengetahui kesahihannya kecuali Allah SWT. Apapun cerita-cerita yang bermain dibibir masyarakat setempat, apa yang pasti setiap hati cuti, dianggarkan hampir 500-800 orang mengunjung Bukit Panau.

Walaupun jarak rumah saya ke Bukit Panau hanya kira-kira 24km, tetapi dengan kekangan masa tidak juga sapa sampai ke lokasi ini. Pada hari ini saya mendaki Bukit Panau bersama-sama seorang pendaki yang juga pengacara Hermee Firrdaus di dalam dalam channel Mr Kopikarat. Di dalam video berdurasi hampir 20 minit ini, ia bermula dari kaki bukit, menyusuri laluan bertar dan ada juga laluan sukar yang telah disediakan. Walaupun laluan ke puncak tidak begitu mencabar tetapi perasaan ingin sampai ke puncak sangat teruja apatah lagi melihat kanak-kanak kecil dan warga emas pun
gagah menyusuri laluan itu. 
Laluan pendakian tidak lekang dengan orang yang naik turun ke puncak. Laluan tidak sunyi. ‘Hiking’ ke Bukit Panau sangat sesuai sebagai aktiviti riadah keluarga.

No comments:

Post a Comment