Tuesday, March 31, 2020

Unsung Heroes di tempat kita.


PASIR MASSepanjang saya hidup lebih 4 dekad yang lalu, inilah pertama kali berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin arahan sebegini agak biasa bagi negara-negara yang sering berlaku peperangan atau bencana alam tetapi di negara kita Malaysia, inilah yang pertama saya alami. Tempoh PKP setakat ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Ada hikmah di sebalik apajua yang berlaku. Saya ada beberapa kenalan ‘backpacker’ di Italy, Canada, Perancis dan German, rata-rata mereka meluahkan rasa sedih dan marah dengan bencana yang berlaku ini. Lihat sahaja di Italy hampir lebih 500 orang mati setiap hari yang dijangkiti oleh Covid19. Alhamdulillah sebagai Muslim, kita harus terima apajua yang berlaku sebagai musibah yang diturunkan oleh Allah SWT di atas apa yang dilakukan oleh manusia.

Semoga kita dirahmati oleh Allah swt. Amiin.

Saya sudah muat menatap ‘status’ dan juga ‘post’ di media sosial yang rata-rata mahu menjadi ‘unsung hero’ menyebarkan info-info yang tidak mereka ketahui kesahihannya. Maka, setelah dimuatnaik di media sosial, ramailah pula netizen ternanti-nanti untuk memberi komen dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman entah betul entahkan tidak. Apapun, netizen di Malaysia memang hebat yang boleh menggegarkan dunia. Subahanallah.

Kakitangan hospital antara 'frontline' mencegah penularan Covid19. 
Askar dan polis juga 'frontline' menjaga pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Dalam kita sibuk ‘meng-update status’, kita kadang-kadang terlupa golongan ‘frontline’ dari pelbagai cabang perkhidmatan seperti perubatan, pertahanan, penguatkuasaan setempat dan sebagainya. Penuluran Covid19 telah mencetus suatu fenomena yang tidak terjangka oleh kita bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Penduduk dunia panik tidak menentu, kalau sebelum ini bebas bersosial tetapi sekarang bertemu dengan kawan-kawan pun takut apatah lagi lepak-lepak di kedai kopi. Subhanallah betapa kuatnya tentera Allah swt ini.

Covid19 telah menjadi pendemik. Kerisauan pada tahap yang sukar untuk digambarkan. Pembelian panik juga berlaku. Ada juga yang membeli ‘top up’ beratus-ratus ringgit takut kalau-kalau terputus internet ketika masyarakat dunia hangat bercakap pasal virus ini. Pelbagai macam ragam manusia boleh dilihat dalam media sosial sepanjang tempoh ‘lockdown’. Namun ada golongan yang dikenali sebagai ‘barisan hadapan’ tidak pun berganjak melangkah ke belakang menjalankan tugas walaupun orang lain duduk berkurung di dalam rumah. Mereka adalah para doktor, jururawat, polis, tentera dan juga sukarelawan. Mereka adalah..

UNSUNG HEROES

Di dalam artikel ini saya ingin mengejutkan anda di luar sana agar tidak lena diulit mimpi sepanjang tempoh PKP. Mimpi-mimpi indah di taman-taman syurga. Mungkin terjaga seketika dek bunyi lesung padu melumatkan kakas gulai untuk hidangan seterusnya. Dalam kita berselera menjamah makanan, masih ada orang yang mencari ikan-ikan di sungai untuk santapan keluarga. Entahkan dapat entahkan tidak.
Biar gambar berbicara. Inilah realiti kehidupan. Sama-sama kita membantu jika ada lebih.
Tidak merasa dah airkirm di pasar raya seperti yang kita beli untuk anak-anak kita. Sayu dan pilu.


Kanak-kanak ini tidak tahu pun erti kesusahan pada masa ini.
Bersyukur walaupun beras sekampit.


Tempoh PKP benar-benar menguji kesabaran kita. Kepuasan, kerimasan, kepanasan dan pelbagai macam lagi rasa di dalam rumah sudah seperti azab bagi kita. Tetapi tahukah kita bahawa petugas barisan hadapan lebih lagi merasai apa yang kita rasa malah mereka lebih terdedah kepada jangkitan virus ini. Nah..renungkanlah sejenak apakah rasa kita itu seperti apa yang mereka rasa. Mereka pun ada keluarga untuk dilindungi.
STAY HOME, WE CAN MAKE A CHANGE

Inilah wira-wiran negara disebalik tabir. Jati diri tinggi. Tidak mengeluh walaupun berisiko tinggi berada di tempat awam. Insya Allah mereka sentiasa akan dilindungi oleh Allah swt. Walaupun kita hanya berada di rumah tetapi masih lagi boleh memberi bagi membantu barisan hadapan ini ketika menjalankan tugas. Semuanya terletak di tangan anda. Apapun pun bentuk bantuan yang kita berikan, pastinya akan dihargai oleh mereka ini. Ganjaran besar kelak untuk kita.
Bekalan tengahari untuk warga JPAM dan polis di sekitar Pasir Mas.

Pakat-pakat kita membantu. Insya Allah.

6 comments:

  1. Alhamdulillah...dalam PKP masih ada insan yang sanggup menggunakan tenaga dan wang ringgit dalam meringan beban barisan hadapan.Tahniah dan syabas sahabat sepanjang masa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah..teruskan kebaikan yg biasa kita lakukan, InShaAllah akan ada ganjaran di Akhirat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi membaca artikel ini..sama2 kita bantu mereka di barisan hadapan.

      Delete
    2. Insya Allah apajua yang kita lakukan akan mendapat kerahmati dariNya..

      Delete