Monday, March 16, 2020

Wabak penyakit yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW.


LUBOK JONG – Tahun 2020 menyaksikan pelbagai fenomena alam yang mengerikan seperti siri gempa bumi di Indonesia, Chile, California dan beberapa lokasi lain. Manakala di awal Januari 2020, penduduk bumi dikejutkan dengan letusan gunung berapi Taal di Filipina yang menyebabkan seramai hampir 6000 orang dipindahkan ke tempat selamat. Terkini, penduduk dunia telah digemparkan lagi dengan kemunculan satu virus yang sehingga kini telah merebak ke hampir 29 buah negara dan angka jangkitan semakin bertambah termasuklah negara kita Malaysia.

Saya sebagai seorang blogger kampung ingin berkongsi pandangan serta fakta-fakta yang memungkinkan kita berfikir sejenak akan musibah yang sedang melanda penduduk dunia pada hari ini. Terlebih dahulu sama-sama kita hayati sabda Rasulullah SAW ini:

“Di akhir zaman nanti akan banyak wabah dan penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wudhunya” (H.R Thabrani).

Sabda Rasullulah SAW kira-kira lebih 1400 tahun yang lalu muncul akan kebenarannya satu demi satu. Kita sebagai orang Islam wajib mempercayainya. Benarlah wabah penyakit yang disabdakan oleh Rasullulah SAW telah dan sedang melanda ummat manusia di seluruh dunia. Subhanallah. Semoga kita ummat Nabi Muhammad SAW dirahmati dan dijauhkan dari virus Covid19 yang telah pun merebak ke negara kita. Apakah kita masih lagi tidak mempercayai sabda Rasullulah SAW?

Sejak kali pertama virus Covid19 dikesan di Wuhan, China pelbagai spekulasi timbul dan membimbangkan penduduk dunia. Penduduk dunia menjadi tidak keruan untuk menyelamatkan diri. Akan tetapi ketahuilah bahawa di saat-saat tibanya KIAMAT, keadaan yang lebih dahsyat dan haru-biru bakal menimpa ummat manusia. Mudahan-mudahan kita tidak menyaksikan saat-saat kedatangan kiamat yang digambarkan oleh Rasulullah SAW.

Maka, ketika itu saya mula membaca info tentang kemunculan Coronovirus ini. Dari kacamata sains, Virus ini masih baru dan dikenali sebagai 2019-nCov. Salah satu keluarga virus yang lazimnya menjangkiti saluran pernafasan haiwan dan manusia. Manusia belum pernah menemui virus ini. Apa yang unik tentang virus ini ialah ia boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Ini bermakna virus yang terdapat di dalam badan haiwan jika manusia memakan haiwan itu secara haram maka virus itu akan berpindah ke dalam tubuh manusia. Pada awalnya jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selsema diikuti dengan komplikasi lebih teruk pada golongan lemah imunisasi badan.
Coronovirus yang dilihat dari mikroskop. Ilustrasi oleh Mr Kopikarat.
Covid19 sudah pun merebak keluar dari tempat asal di Wuhan, China. Setiap negara berdepan kepada risiko penyebaran virus. Kebarangkalian untuk kita juga dijangkiti juga tinggi jika kita sentiasa berada di satu kelompok manusia yang tidak diketahui status kesihatannya apatah lagi jika orang itu pernah berkunjung ke tempat yang berisiko tinggi. Maka, sebagai orang Islam bentang kita untuk terhindar dari coronovirus adalah berdoa dan membersihkan diri iaitu berwudhu lima kali sehari. Kaedah ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW di atas. Ummat Rasululullah SAW akan terhindar dari sebarang wabah penyakit jika mereka menjaga wudhunya. Insya Allah sama-samalah kita menjaga solat lima kali sehari.

Saya juga ingin berkongsi info tentang wabah penyakit yang pernah menggembarkan penduduk dunia.
  • Wabak Demam Rusia (1889-1890) berpunca dari penyebaran virus influenza A sejenis H2N2. Kes pertama berlaku pada Mei 1889 di Bukhara, Athabasca dan Greenland. Pertumbuhan populasi abad ke-19 di kawasan bandar memudahkan lagi wabak ini tersebar.
  • Wabak Demam Hong Kong (1968) dikenali sebagai Wabak Kategori 2 disebut juga sebagai “Deman Hong Kong”. Kes pertama dilaporkan di Hong Kong pada 13 Julai 1968. Wabak ini telah menyebabkan lebih daripada sejuta manusia mati.
  • Wabak Taun Keenam (1899-1923) bermula di India di mana ia telah membunuh lebih daripada 800,000 orang sebelum tersebar ke Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah Timur dan Rusia.
  • Wabak Taun Ketiga (1846-1860) dianggap salah satu paing dahsyat antara ketujuh-tujuh wabak taun yang berlaku. Rusia antara negara yang palign teruk terjejas dengan kematian 1 juta orang.
  • Demam Asia (1956-1958) Demam Asia adalah wabak Influenza A dari subjenis H2N2 yang berasal dari China. Bermula pada tahun 1956 berlarutan sehingga 1958. Dianggarkan lebih 2 juta orang meninggal dan hampir 70,000 orang di Amerika Syarikat.
  • Wabak HIV/AIDS (Kemuncak 2005-2012) bermula di Republik Demokratik Congo pada tahun 1976. Wabak global yang mengakibatkan 36 juta orang meninggal dunia sejak 1981.
  • Wabak Demam Sepanyol (1918-1920) sau wabak maut telah tular ke seluruh dunia. Ia telah menjangkiti lebih kurang satu pertiga penduduk dunia dan mengorbankan sehingga 50 juta manusia.
  • Cacar (Abad ke-20) Pada abad ini sahaja angka kematian mencecah 300-500 juta orang. Wabak ini juga telah mengakibatkan ratusan juta kematian sejak ia mula dikesan ribuan tahun lalu pada mumia yang ditemui di Mesir.

 Semoga kita ummat Islam dirahmati dan dijauhkan dari wabak penyakit ini. Insya Allah.



No comments:

Post a Comment