Wednesday, March 4, 2020

Majlis tahlil untuk arwah seorang ahli persatuan..


REPEK – Walaupun arwah dari keluarga susah tetapi tidak pernah menjadi halangan untuknya bergiat aktif di dalam aktiviti persatuan. Susuk tubuh yang semakin lemah, menghadkan pergerakkannya bersama-sama persatuan namun masih lagi berwhatsap bertanya khabar dan memberi respon kepada aktiviti-aktiviti persatuan. Sama-sama kita sedekahkan surah ‘Al-Fatihah’ (luangkan masa 2 minit sebelum meneruskan baca blog ini). Saudara Idris merupakan antara ahli Persatuan Belia Prihatin yang telah menghembuskan nafas terakhir beberapa minggu yang lalu.

Sekadar gambar hiasan. Arwah Idris sering mengikuti aktiviti PBP suatu masa dahulu. Gambar arwah tidak ada di dalam gambar ini.

Saya tidak berkesempatan menziarahi arwah. Khabar pemergian arwah dimaklum oleh pengerusi PBP tuan Bilal di dalam group whatsap. Tuan Bilal ini bukan sekadar rakan malah bersaudara dengan arwah. Seorang pengerusi yang prihatin terhadap anak-anak buahnya. Beliau mengambil inisiatif mengadakan majlis tahlil untuk arwah di rumahnya. Beberapa ahli PBP hadir pada malam itu. Selepas majlis tahlil, tuan Bilal menjamu kami dengan makan malam ala kampung yang menyelerakan. Pelbagai jenis ulam-ulaman dihidangkan dan yang paling menarik ialah ‘ulam sambung nyawa’. Nasi putih, gulai ayam kampung, budu tempoyak..pergh..orang Kelantan kata..Nyakut bohh..

Beginilah cara kami. Sederhana namun tetap meriah tiap kali bertemu mata dan makan beramai-ramai. Hidangan kami bukan bertaraf 5 bintang macam kat hotel Perdana atau Renai tapi borak-borak kami bercerita pasal aktiviti persatuan dan mengenang kembali itulah yang saya boleh katakan sebagai bertaraf 5 bintang. Apa tidaknya, celoteh tuan Bilal dan ahli-ahli persatuan selalu menggamit suasana. Mungkin orang diluar sana tidak mengetahui betapa akrabnya kami di dalam persatuan. Jadi, pakat-pakat masuk persatuan dan jadilah sebahagian daripada warga prihatin selagi nyawa di kandung badan.

Pemergian arwah akan sentiasa diingati oleh kami ahli PBP kerana arwah sering mengikuti aktiviti persatuan sepanjang hayatnya. Bak kata pepatah, ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal nama’. Biar kita mati di dalam keadaan sentiasa diingati oleh keluarga dan rakan taulan kerana kelak mudah-mudahan mereka menyampaikan doa-doa buat si mati di alam sana yang sentiasa mengharapkan doa daripada orang yang masih hidup.

No comments:

Post a Comment