KG BANGGOL CHICA – Kisah
masyarakat kali ini sangat meruntum jiwa saya. Tidak tergambar apa yang akan
saya lihat bila mana saya dan ahli persatuan bercadang untuk melakukan Ziarah
Syawal 1441H di rumah seorang pemuda yang berusia 31 tahun terlantar sejak 5
tahun yang lalu. “Berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul”, mungkin itulah kata-kata yang boleh saya
gambarkan. Seorang anak muda tampan yang menjadi harapan keluarga. Tulang empat
keratnya bekerja untuk membantu keluarga. Akan tetapi hasrat hatinya tidak lama
takkala anak muda ini lumpuh akibat satu kemalangan ngeri yang sekaligus
meragut hasratnya unutk membantu keluarga sebaliknya kini bergantung harap
sepenuhnya kepada ibu dan adik-beradik.
Buntu fikiran saya
untuk mencari kata-kata puitis betapa saya rasa kesayuan ketika pertama kali
menemui pemuda ini. Arrghhh..hilang segala-galanya tidak seperti ketika saya
pulang dari rumahnya untuk terus menulis artikel tentang pemuda ini. Ternyata hasrat
saya juga kaku. Namun seorang ibu yang selama ini menaruh harapan besar kepada
anak lelaki ini, entah apalah perasaannya ketika mendengar perkhabaran anaknya terlibat
dengan kemalangan kira-kira 5 tahun yang lalu. Luluh hati seorang ibu namun saya
percaya ibu ini seorang yang tabah..tabah menghadapi segala dugaan.
Kaku jari-jemari ku untuk menulis...hilang arah tuju..
Foto Mr Kopikarat
|
Sejak itu, pemuda
ini terlantar tanpa boleh menguruskan diri. Bergantung harap kepada ibu dan
yang amat membanggakan saya apabila mendengar mereka adik-beradik
bergilir-gilir menguruskan adik mereka ini. Subhanallah..ikatan adik-beradik
tidak akan terputus buat selama-lamanya. Saya doakan agar adik-bradik ini tidak
rasa jemu untuk menguruskan adik mereka ini kerana seandai dia sihat saya
percaya dia menjadi kebanggaan keluarga.
Rasanya tidak mampu
lagi untuk saya menulis..jari-jemari seakan-akan lemah untuk menekan papan
kekunci...arrghh..Pelangi Petang..
'Ku meniti
awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya
nanti suatu masa
Sang suria 'kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Sang suria 'kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Engkau tiba
bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Seharian
waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau 'kan pasti
Pergi jua
Engkau tiba…Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau 'kan pasti
Pergi jua