Tuesday, March 8, 2022
Mangsa Banjir Besar Kg Tok Sangkut dibantu
Sunday, March 6, 2022
NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร Bantu Bersih Kelas Pendidikan Khas SK Tok Sangkut
Selebriti Ardell Aryana redah banjir di Kg Tok Sangkut
KG TOK SANGKUT – Pada awalnya saya sendiri tidak menyangka kehadiran seorang selebriti ke Kg Tok Sangkut bersama-sama misi bantuan kepada mangsa banjir. Pada awalnya saya hanya membantu seorang rakan minta saya membawa satu pasukan bantuan banjir ke Pantai Timur. Saya hanya setuju dan akhirnya saya sebagai pengerusi NGO Hannan hampir separuh hari baru menyedari kehadiran seorang selebriti iaitu Ardell Aryana bersama-sama team Ayerspot.
Ardell Aryana, Tema Ayerspot & Ngo Hannan ketika misi bantuan banjir di Kg Tok Sangkut. |
“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”, begitulah boleh saya gambarkan keadaan di dalam Kg Tok Sangkut terutama di hujung kampung sekiatar rumah arwah Ayah dan Ibu saya. Kebiasaannya paras air di kawasan ini paras pinggang atau 3 anak tangga akan tetapi banjir secara mengejut dan air yang deras telah mencapai paras leher pada 28 Februari 2022. Makanya rumah arwah pun telah dinaiki dan barang-barang di atas rumah semuanya rosak.
Hampir keseluruhan penduduk Kg Tok Sangkut dinaiki air seawal pagi dengan
begitu cepat sehingga orang kampung tidak dapat mengalihkan kenderaan mereka ke
tempat yang lebih tinggi. Untuk makluman, kawasan yang lebih tinggi di kampung
ini adalah di kawasan masjid, sekolah dan sekitar rumah arwah Kak Pah. Namun banjir
kali ini ketiga-tiga tempat ini juga dinaiki air sedapam hampir paras paha. Bayangkan
jika kawasan di luar yang agak tinggi juga tenggelam, maka kawasan rendah di
hujung-hujung kampung akan turut ditenggelami air.
Ujian besar buat penduduk Kg Tok Sangkut dan kampung-kampung yang
berdekatan terutamanya di sekitar Sg Golok, Thailand. Di sana keadaan dalam
kampung sangat memilukan seperti rempuhan tsunami yang besar. Subhanallah
bersabarlah wahai orang-orang kampung pastinya apa yang berlaku akan ada
hikmahnya.
Beberapa hari kampung ditenggelami air, bantuan mula sampai dari pelusuk
negeri ke Kg Tok Sangkut. Antara yang tiba awal ketika kampung masih lagi tenggelam
ialah selebriti Ardell Aryana dan Team Ayerspot dari Kuala Lumpur. Ardell
Aryana dapat melihat sendiri keadaan di dalam kampung yang masih ditenggelami
dan bertemu dengan penduduk kampung. Beliau bertanya khabar penduduk kampung
tentang kejadian banjir yang besar ini. Syabas saya sebagai pengerusi NGO
Hannan kepada Ardell Aryana dan Team Ayerspot kerana diberikan kesempatan oleh
Allah swt untuk membantu penduduk kampung di sini.
Misi bantuan akan tetap diteruskan walaupun misi bantuan Ardell Aryana dan
Tea Ayerspot selesai di Kg Tok Sangkut. Perjuangan belum lagi selesai bagi
penduduk kampung ini. Team NGO Hannan pula mengambil alih tugas membersih
kawasan yang difikirkan perlu diutamakan seperti sekolah, masjid dan
rumah-rumah orang tua. Dengan hanya beberapa orang ahli, Alhamdulillah team NGO
Hannan juga telah menyelesaikan misi membersihkan rumah-rumah terkesan banjir
di beberapa lokasi. Kita masih memerlukan lebih ramai sukarelawan yang berminat
untuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah-rumah yang terkesan banjir.
Mustahil bagi kita untuk membersihkan setiap rumah di Kg Tok Sangkut akan
tetapi rumah-ruamh terpilih telah melegakan pemilik rumah tersebut. Oleh itu
saya menyeru anak-anak muda di dalam kampung yang berminat untuk menjadi sukarelawan
boleh menghubungi saya terus di talian.whatsap 0189005722 atau email ke kafekopikarat@gmail.com.
Saturday, March 5, 2022
IKTBN Bachok mengadakan servis motosikal percuma
KG TOK SANGKUT – Banjir dua atau tiga kali setahun bukanlah suatu perkara luarbiasa yang berlaku di kampung ini. Hampir setiap tahun akan berlaku banjir. Banjir akhir tahun 2021 dianggap yang terbesar. Namun kejadian banjir bermula 26 sehingga 28 Februari 2022 melebihi banjir tahun lepas dan dianggap yang paling buruk sejak beberapa dekad yang lalu.
Pelbagai agensi mula memasuki kawasan Kg Tok Sangkut takkala berita banjir yang luarbiasa tersebar di media-media sosial. Badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan selebriti juga turut hadir membantu meringankan beban masyakarat kampung. Antara selebriti yang hadir menghulurkan bantuan ialah Ardell Aryana yang membawa 2 buah bot masuk ke kawasan kampung bertemu dengan penduduk kampung.Pagi ini pula IKTBN Bachok berlapang dada datang ke Kg Tok Sangkut
mengadakan Program Khidmat Bantu Servis Motosikal Percuma yang diadakan di
hadapan Madrasah Hj Hassan bertentangan dengan SK Tok Sangkut. Suatu berita
gembira bagi penduduk kampung dan kawasan sekitar yang terjejas banjir. Banyak
harta benda mereka musnah termasuklah kenderaan yang tekah menghadkan
pergerakan mereka untuk mula bekerja. Namun dengan kehadiran ITKBN dan para
pelajar ini, penduduk kampung boleh baiki motosikal mereka secara percuma.
Ketika saya sampai di khemah IKTBN, orang ramai datang berpusu-pusu dengan
kenderaan masing-masing untuk dibaiki terutamanya menukar minyak hitam selepas
motosikal ditenggelami air. Khidmat masyarakat ini amat diharapkan oleh
penduduk kampung takkala mereka masih lagi bersedih ditimpa banjir yang
dianggap paling besar sejak beberapa dekad yang lalu. Manakan tidak, ada
sesetangah kawasan kampung air mencecah paras leher.
Saya sempat berbual-bual dengan wakil IKTBN di mana program disertai juga
oleh ILP Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat Parlimen Pasir Mas dan YADIM Kelantan.
Kecaknaan agensi kerajaan dan bukan kerajaan sangat-sangat diperlukan buat masa
sekarang. Hampir keseluruhan masyarakat kampung terkesan akibat banjir. Hampir
seluruh bumi Kg Tok Sangkut dinaiki air. Penduduk Kg Tok Sangkut juga bersedih di
atas kematian seorang remaja yang lemas beberapa hari yang lalu.
Saya mewakili penduduk Kg Tok Sangkut mengucapkan jutaan terima kasih
kepada IKTBN Bachok di atas kesudian mengadakan program yang sangat diharapkan
oleh mangsa-mangsa banjir di sini.
Amiin.
Tuesday, March 1, 2022
Banjir Luarbiasa Di Kg Tok Sangkut
KG TOK SANGKUT – “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”, begitulah diibaratkan takkala bencana banjir yang berlaku di Kg Tok Sangkut dan Kg Tok Derpah pada 28 Februari 2022. Namun begitu banjir kali ini bukanlah banjir biasa tetapi dianggap oleh penduduk kampung banjir yang besar sejak beberapa dekad yang lalu. Manakan tidak, kawasan yang agak tinggi di Kg Tok Sangkut dari kawasan sekolah hingga ke rumah arwah Kak Pah juga dinaiki air setinggi paras paha. Keadaan ini benar-benar mengejutkan penduduk kampung kerana air mula naik seawal pagi dengan begitu cepat sekali sehingga ke cabang tiga Kg Tasek Berangan yang tidak pernah dinaiki air.
Gambar daripada Alumni. Cikgu Hj Adnan sedang membantu pemindahanmangsa banjir di PPS SK Tok Sangkut.
Hujan tanpa henti beberapa hari di luar musim tengkujuh tidak dianggap akan berlaku banjir yang sebegitu besar di Kg Tok Sangkut. Namun keadaan lain pula jadinya. Kedengaran beberapa buah kampung telah pun dinaiki air seperti Kg Tersang, Kg Gual To’Deh dan Kg Lancang. Jika dilihat dari segi topografinya Kg Tok Sangkut agak jauh dari Sg Golok jika dibandingkan dengan ketiga-tiga kempung itu. Ketika saya menulis artikel ini, keadaan kampung masih lagi digenangi air dan ramai lagi masih berada di PPS SK Tok Sangkut.
Sebagai makluman, SK Tok Sangkut adalah satu-satunya pusat pemindahan
banjir bagi bebeberapa buah kampung seperti Kg Tok Derpah, Kg Jejawi dan Kg
Lubok Batil. Lokasi ini bermula dari hadapan sekolah hingga ke kawasan Masjid
Al-Falah tidak pernah dinaiki air. Namun begitu banjir kali ini seluruh Kg Tok
Sangkut dinaiki air termasuklah kawasan sekolah dinaiki air makanya mangsa
banjir terpaksa dipindahkan ke tingkat atas. Saya difahamkan sekarang ini
Madrasah Hj Hassan juga digunakan sebagai tempat pemindahan mangsa banjir.
Menurut seorang penduduk di sebelah hujung Kg Tok Sangkut, sekitar rumah
arwah Pakcik Man paras air setakat leher dan kali ini air telah masuk ke atas
rumah yang menunjukkkan air lebih tinggi jika dibandingkan dengan banjir tahun
2014. Video banjir besar di Kg Tok Sangkut 2022 anda boleh saksikan di dalam
channel saya Mr Kopikarat.
Jalan masuk ke Kg Tok Sangkut ketika banjir hanya boleh dilalui oleh bot
dan kenderaan kecil terputus hubungan. Namun begitu usaha-usaha membantu
mangsa-mangsa banjir telah dilakukan dengan cepat oleh pihak berwajib ke PPS
yang disediakan. Penduduk kampung juga saling bantu-membantu antara satu sama
lain bagi memastikan mangsa banjir sampai ke lokasi PPS dengan selamat. Di sini
saya ingin merakam terima kasih dan amat berbangga dengan kepantasan Alumni
SKTS yang diterajui oleh Cikgu Hj Adnan dan ahli-ahli yang tanpa henti
menyalurkan info terkini dan menghubungi pihak-pihak berwajib untuk membantu
mangsa-mangsa banjir.
Bencana banjir di Kg Tok Sangkut kali ini adalah yang terbesar sejak
beberapa dekad yang lalu. Rumah yang belum pernah dinaiki air terutamanya
diluar sekitar masjid dan sekolah juga turut dinaiki air. Mereka hanya sempat
menyelamatkan barang-barang penting sahaja yang lainnya dibiarkan begitu sahaja
kerana air naik begitu cepat di awal pagi. Banyak kenderaan yang telah
tenggelam yang diletakkan disepanjang jalan. Semoga penduduk kampung bersabar
dengan ujian dari Allah swt dan menerima musibah ini dengan tenang dan penuh
keredhaan.
Amiin.