Tuesday, March 8, 2022

Mangsa Banjir Besar Kg Tok Sangkut dibantu

KG TOK SANGKUT – Alhamdulillah air telah surut di Kg Tok Sangkut. Penduduk kampung sudah pulang ke rumah masing-masing sejak seminggu yang lalu. Mereka sekarang sedang membersihkan rumah yang ditenggelami air beberapa hari akibat banjir besar yang tidak dijangka. Pelbagai cerita yang saya dengar ketika banjir berlaku. Ada yang berpindah ke pusat pemindahan sekitar 11 malam dan ada juga yang berpindah sekitar 3 pagi. Suasana hingar-bingar takkala penduduk kampung terpaksa merempuh laluan air yang dalam menggunakan perahu dan ada yang berjalan kaki.
Kak Ma anak arwah Makhtar menerima sumbangan dari NGO .Keletihan belum lagi reda. Masih banyak kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan. Kedukaan penduduk kampung turut dirasai oleh seluruh penduduk di Malaysia. Rata-rata berita banjir di Kg Tok Sangkut singgah di media-media sosial apatah lagi terdapat seorang penduduk yang lepas pada banjir kali ini. Saya dari NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร menyampaikan ucapan takziah daripada keluarga saya kepada keluarga arwah semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah swt. Kedukaan penduduk Kg Tok Sangkut turut dirasai oleh masyarakat di luar sana. Ketika banjir dan selepas banjir masih ada NGO yang masuk ke kampung bertanya khabar dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Alumni SKTS antara penggerak utama membantu penduduk kampung dari segi penyaluran maklumat dan membantu mangsa-mangsa banjir.Syabas diucapkan kepada Alumni SKTS kerana cepat dan pantas membantu. IKTBN Bachok antara institut kemahiran yang hadir memberikan perkhidmatan service motosikal secara percuma. Manakala NGO dari luar Kelantan antaranya Ayerspot dan selebriti Ardell Aryana. NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร ketika air masih besar tidak berpeluang ke Kg Tok Sangkut kerana kawasan rumah di Lubok Jong juga ditenggelami air. Akan tetapi kami fokus kepada kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah di Lubok Jong dan ada beberapa buah rumah di Kg Tok Sangkut dan kawasan sekolah. Saya pasti ketika ini mangsa-mangsa banjir telah banyak menerima bantuan dari pelbagai pihak. Saya percaya penduduk kampung sangat memerlukan mana-mana pihak yang dapat membantu mereka membersihkan kawasan rumah kerana kerja-kerja itu sukar dilakukan lebih-lebih lagi rumah yang didiami oleh orang-orang tua atau yang tidak ada kudrat orang muda untuk membantu. Makanya, saya menyarankan kepada pembaca di luar sana supaya mengambil peluang ini menyusun plan untuk menngumpul sebanyak mana pahala membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kawasan rumah mereka. Penduduk kampung telah menarik nafas lega kerana air sudah pun surut. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ada mangsa yang dikategorikan sebagai ‘Total Lost’. Mereka hanya tinggal sehelai sepinggang. Tiada lagi sofa empuk, tiada lagi peti ais, tiada lagi kipas takkala mereka tidak lama lagi akan menyambut bulan puasa lebih kurang sebulan sahaja lagi. Apa pun yang berlaku sebagai hamba Allah kita akan terus bersabar kerana sabar itu semakin menguatkan keimanan kita. Saya menyeru kepada pembaca sekali lagi supaya bersedekah ketika hampir bulan Ramadhan ini untuk megejar pahala berlipat kali ganda. Saya selaku pengerusi NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร berpuashati dengan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh sukarelawan. Di sini saya ingin mengajak lebih ramai lagi anak-anak muda di dalam kampung untuk menyertai sukarelawan NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร supaya pada saat-saat seperti ini di masa hadapan kita dapat membantu dengan kadar segera. Saya juga merayu kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini dan menonton youtube banjir besar di Kg Tok Sangkut menghulurkan bantuan di dalam apajua bentuk bantuan boleh menghubungi Cikgu Hj Adnan sebagai pengerusi Alumni SKTS supaya dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir dan juga dalam persediaan untuk buka sekolah nanti. Hubungi beliau di talian 011-25698930. Itu itu saya menyeru anak-anak muda di dalam kampung yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh menghubungi saya terus di talian.whatsap 0189005722 atau email ke kafekopikarat@gmail.com. Amiin.

No comments:

Post a Comment