KG TOK SANGKUT – Banjir dua atau tiga kali setahun bukanlah suatu perkara luarbiasa yang berlaku di kampung ini. Hampir setiap tahun akan berlaku banjir. Banjir akhir tahun 2021 dianggap yang terbesar. Namun kejadian banjir bermula 26 sehingga 28 Februari 2022 melebihi banjir tahun lepas dan dianggap yang paling buruk sejak beberapa dekad yang lalu.
Pelbagai agensi mula memasuki kawasan Kg Tok Sangkut takkala berita banjir yang luarbiasa tersebar di media-media sosial. Badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan selebriti juga turut hadir membantu meringankan beban masyakarat kampung. Antara selebriti yang hadir menghulurkan bantuan ialah Ardell Aryana yang membawa 2 buah bot masuk ke kawasan kampung bertemu dengan penduduk kampung.Pagi ini pula IKTBN Bachok berlapang dada datang ke Kg Tok Sangkut
mengadakan Program Khidmat Bantu Servis Motosikal Percuma yang diadakan di
hadapan Madrasah Hj Hassan bertentangan dengan SK Tok Sangkut. Suatu berita
gembira bagi penduduk kampung dan kawasan sekitar yang terjejas banjir. Banyak
harta benda mereka musnah termasuklah kenderaan yang tekah menghadkan
pergerakan mereka untuk mula bekerja. Namun dengan kehadiran ITKBN dan para
pelajar ini, penduduk kampung boleh baiki motosikal mereka secara percuma.
Ketika saya sampai di khemah IKTBN, orang ramai datang berpusu-pusu dengan
kenderaan masing-masing untuk dibaiki terutamanya menukar minyak hitam selepas
motosikal ditenggelami air. Khidmat masyarakat ini amat diharapkan oleh
penduduk kampung takkala mereka masih lagi bersedih ditimpa banjir yang
dianggap paling besar sejak beberapa dekad yang lalu. Manakan tidak, ada
sesetangah kawasan kampung air mencecah paras leher.
Saya sempat berbual-bual dengan wakil IKTBN di mana program disertai juga
oleh ILP Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat Parlimen Pasir Mas dan YADIM Kelantan.
Kecaknaan agensi kerajaan dan bukan kerajaan sangat-sangat diperlukan buat masa
sekarang. Hampir keseluruhan masyarakat kampung terkesan akibat banjir. Hampir
seluruh bumi Kg Tok Sangkut dinaiki air. Penduduk Kg Tok Sangkut juga bersedih di
atas kematian seorang remaja yang lemas beberapa hari yang lalu.
Saya mewakili penduduk Kg Tok Sangkut mengucapkan jutaan terima kasih
kepada IKTBN Bachok di atas kesudian mengadakan program yang sangat diharapkan
oleh mangsa-mangsa banjir di sini.
Amiin.
No comments:
Post a Comment