Sunday, March 6, 2022

NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร Bantu Bersih Kelas Pendidikan Khas SK Tok Sangkut

KG TOK SANGKUT – Banjir pada 26 – 28 Februari 2022 pastinya akan menjadi kenangan buat semua penduduk Kg Tok Sangkut. Hampir keseluruhan kampung dinaiki. SK Tok Sangkut antara lokasi yang agak tinggi belum pernah dinaiki air sampai ke sekolah akan tetapi kali ini air naik sehingga ke paras pinggang dan pusat pemindahan mangsa banjir terpaksa dialihkan ke tingkat atas. Begitu juga dengan bilik Kelas Pendidikan Khas di SK Tok Sangkut yang ditenggelami dan semua peralatan di dalam bilik seperti perabot, kerusi roda, buku-buku dan sebagai telah musnah ditenggealmi banjir.
Saya dari NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร dan beberapa orang sukarelawan sempat membantu membersihkan bilik pendidikan khas di sekolah itu. Kelas Pendidikan Khas menempatkan kira-kira 29 orang murid kurang upaya di sekitar kampung berdekatan. Bilik ini terletak di aras bawah sekolah. Sebelum ini air belum pernah masuk ke kawasan sekolah tetapi kali ini paras air mencecah hampir paras lutut di dalam kawasan sekolah. Kebetulan pula ketika banjir cuti sekolah telah pun bermula. Pada hari kami membantu menbersihkan bilik pendidikan khas, ada sepasukan bomba juga datang membantu membersihkan kawasan sekolah. Kami di NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร hanya sempat membantu membersihkan beberapa rumah sahaja di dalam kampung kerana kekurangan sukarelawan. Ini antara lain terdepat juga sukarelawan yang terlibat dengan banjir dan mereka sedang membersihkan kawasan rumah mereka. Namun begitu saya dan team bergerak sedaya mungkin dan mujurlah kami ada masa untuk datang membantu Cikgu Hj Adnan ke sekolah itu. Untuk makluman orang-orang di luar sana, pada akhir Disember 2021 telah berlaku banjir tetapi tidak sampai ke Kg Tok Sangkut. Akan tetapi pada kali ini hujan lebat beberapa hari telah menyebabkan air naik begitu deras dan tanpa diduga oleh penduduk kampung, paras air telah mencecah hampir paras leher di hujung kampung sekitar rumah arwah Pakcik Man dan rumah-rumah dihujung kampung. Menurut orang kampung, banjir ini antara yang terbesar dan lebih besar jika dibandingkan dengan banjir pada tahun 2014. Makanya penduduk kampung hanya sempat menyelamatkan diri dan keluarga dan banyak kenderaan yang tersadai di tepi-tepi jalan kerana tidak ada lagi tempat yang tidak dinaiki air pada ketika itu. Kerja-kerja membersih di bilik Pendidikan Khas selesai dalam tempoh kira-kira 3 jam bersama-sama guru-guru dan kakitangan sekolah. Saya selaku pengerusi NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร berpuashati dengan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh sukarelawan. Di sini saya ingin mengajak lebih ramai lagi anak-anak muda di dalam kampung untuk menyertai sukarelawan NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร supaya pada saat-saat seperti ini di masa hadapan kita dapat membantu dengan kadar segera. Saya juga merayu kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini dan menonton youtube banjir besar di Kg Tok Sangkut menghulurkan bantuan di dalam apajua bentuk bantuan boleh menghubungi Cikgu Hj Adnan sebagai pengerusi Alumni SKTS supaya dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir dan juga dalam persediaan untuk buka sekolah nanti. Hubungi beliau di talian 011-25698930. Itu itu saya menyeru anak-anak muda di dalam kampung yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh menghubungi saya terus di talian.whatsap 0189005722 atau email ke kafekopikarat@gmail.com. Amiin. Galeri NGO Hannan/ฮานนาน ฮานนานองค์กรไม่แสวหาผลกำไร Di SK Tok Sangkut

No comments:

Post a Comment