Friday, December 27, 2019

Kisah pengorbanan ibubapa


KG TOK DERPAH – “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”, namun pasangan ini tidak pernah mengeluh menjaga seorang anak istimewa sejak hampir 25 tahun yang lalu. Inilah suatu kisah pengorbanan sejati ibubapa. Ujian yang diberikan oleh Allah swt pastinya ada hikmah.

Setiap manusia akan diuji oleh Allah SWT mengikut kadar keimanan dan kemampuan mereka agar mereka sentiasa mengingati Allah SWT sepertimana firmah Allah SWT dalam Surah al-Anbiya, 35 maksudnya: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah semua akan dikembalikan.

Pada petang yang penuh barokah hari Jumaat, saya bersama-sama Persatuan Belia Prihatin diketuai oleh saudara Bilal Malaya a.k.a Pengerusi PBP sempat menziarahi satu keluarga yang hebat. Kenapa saya berkata begitu..sebabnya tidak semua orang diberikan ujian seberat itu dari Allah SWT. Hanya mereka terpilih sahaja yang mampu mengharungi segala dugaan ini. Saya pasti keluarga ini redha dengan ketentuan Allah SWT menjaga anak mereka yang terlantar sejak lebih 2 dekad yang lalu.

Demam panas ketika usia 6 bulan rupa-rupanya merubah sama sekali kehidupan anak ini. Namun walau apapun keadaannya, ibubapa sentiasa menjaga anak ini seperti anak-anak yang lain.

“Subhanallah..sukar untuk saya meneruskan artikel ini kerana kadang-kala kita merasa susah tetapi ada lagi orang-orang yang lebih sudah dari kita”.
Bersama-sama Persatuan Belia Prihatin menziarahi adik Syafiq di Kg Tok Derpah. 
Kepada yang membaca artikel ini, ketahuilah bahawa pengorbanan ibubapa tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan sejak 25 tahun yang lalu, menjaga anak istimewa, dengan penuh hati yang ikhlas, dengan segala keringat yang ada, dengan kemampuan yang terbatas. Namun perhatian yang sepenuhnya tetap diberikan kepada anak istimewa ini. Hikmah Allah SWT, walaupun sesusah mana menjalani kehidupan akan tetapi masih ada bantuan-bantuan yang datang menghulur bantuan kepada adik Syafiq. Inilah keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

Saudara Bilal Malaya a.k.a Pengerusi PBP begitu prihatin terhadap isu-isu dalam masyarakat. Adik Syafiq semoga terus dirahmati oleh Allah SWT.
Menurut bapanya, Syafiq seorang anak yang baik, makananya hanyalah susu sejak dahulu lagi. Makan pakai dijaga rapi oleh kedua-dua pasangan ini. Diurus anak mereka sebaik mungkin. Lihat betapa tabahnya pasangan ini. Tidak kira siang malam, mereka memberi sepenuh kasih sayang. Suatu masa ketika banjir 2014, ayahnya memberitahu saya mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. Agak jauh. Dia menggendong anaknya berjalan kaki ke sekolah berdekatan. Pada ketika itu kenderaan tidak dapat masuk ke rumah mereka. Saya tidak dapatkan bayang keadaan pada masa itu.

Wahai anak-anak di luar sana, lihatlah betapa besar pengorbanan insan bergelar ibu dan bapa. Mampukah kita sebagai anak-anak untuk berkata ‘tidak’, ‘malas, ‘benci’ setiap kali disuruh atau dinasihat oleh ibubapa. Fikir-fikirkanlah. Saya berharap artikel ini dibaca oleh anak-anak di luar sana. Berlapang dadalah untuk terus menjaga ibubapa di dalam apajua keadaan pun kerana orang lain tidak boleh menggantikan tempat kedua-dua ibubapa kita.

Kepada keluarga ini, saya dan persatuan mendoakan kesejahteraan dan dirahmati oleh Allah SWT. Saya berasa amat sedih kerana saya sudah tidak ada lagi kedua-dua ibubapa untuk berbakti hanya doa mengiringi kedua-dua arwah. Bacaan Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah ibubapa saya iaitu:
  1. Othman Bin Yunus (pakcik man pencen) meninggal pada April 2019
  2. Che Zaharah Bt Isa (mokcik) meninggal pada September 2015.





Sunday, December 22, 2019

Masih ada kah pintu taubat untukku...


PASIR MAS – Tenang rasanya takkala setiap kali bersolat. Mudah-mudahan solatku lebih berkualiti daripada yang sebelumnya. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka selagi mana belum sampainya kiamat. Pengakhiran dunia sesuatu yang pasti. Harini tidak sesiapa pun yang tahu kecuali Allah swt. Allah swt merahsiakan kedatangan hari kiamat supaya manusia sentiasa bersedia untuk menemui kematian yang pastinya akan dirasai oleh setiap insan yang bernyawa.


Menjenguk ke jendela kehidupanku adalah suatu sejarah hitam yang sangat menjengkelkan. Namun aku tetap berharap dan terus berharap dengan taubatku ini, akan diterima oleh Allah swt untuk ke bawa ke akhirat kelak. Aku perlu kuat dan beristiqomah. Bukan mudah untuk berhadapan dengan orang-orang di luar sana yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan. Melangkah sahaja ke luar ada-ada sahaja bisikan syaitan di telingaku. Subhanallah.

Aku diberikan peluang kedua untuk menebus segala dosa yang pernah aku lakukan. Malu pada diri sendiri. Namun aku tetap untuk bertaubat kerana aku pasti pintu taubat masih terbuka luas selagi mata ini tidak dipejamkan buat selama-lamanya. Syukur Alhamdulillah, aku masih sempat bermunajat dan memohon pada Allah swt agar menerima taubat dari insan hina seperti aku.

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, begitulah dapat aku ibaratkan akan keinginan ku untuk terus beristiqomah ke jalan Allah swt. Rasa tenang semenjak aku menutup pintu hati ku kepada kehidupan LARA di media sosial yang banyak menghasut manusia untuk melakukan dosa. Itulah suatu cabaran besar untuk melakukan suatu penghijrahan. Namun aku akan terus tetapkan hati untuk melakukan penghijrahan agar aku tidak terlewat untuk melakukannya. Alhamdulillah, aku dapat merasakan ketenangannya. Ketenangan berhadapan dengan Sang Pencipta sekalian alam. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.


Saturday, December 21, 2019

Perginya seorang kenalan..wajah bersih berseri


KG CHENERAI – Mengenali arwah pertengahan 2019 ketika membeli tanjak di Kg Siram, saya tidak begitu mengenali arwah ini. Namun, rakan-rakan arwah ada yang saya kenal. Arwah juga dikenali dengan panggilan ‘Isey Bano’ kerana arwah antara penggiat seni dikir barat yang bermain rebana ibu di dalam kumpulannya. Arwah 24 tahun disahkan lemas ketika gelombang banjir ke 2 melanda Kelantan. Innalillah.

Perkhabaran di dalam group whatsapp pada awalnya saya tidak cam arwah. Sehinggalah saya mendapat pengesahan dari sahabat arwah akan pemergian arwah. Terkejut dan pemergian arwah di usia yang muda. Itulah ketentuan dan janji Allah ‘setiap yang bernyawa akan merasai mati’. Tidak kira tua atau muda, janji Allah bila tiba masanya pasti akan terjadi.

Selepas mendengar perkhabaran itu, saya bergegas ke Hopistal Lati, Pasir Mas untuk menziarahi arwah. Walaupun saya tidak begitu mengenali arwah, namun berita kehilangan arwah telah tersebar cepat di laman-laman sosial. Tergerak hati saya untuk melihat sendiri arwah di bilik forensik.

Setelah menunggu selesai urusan di bilik forensik, sekitar jam 11.30 malam, keluarga dibenar untuk melihat arwah. Saya mengambil kesempatan untuk masuk dan melihat arwah. Subhanallah..dengan langkah perlahan saya masuk bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan arwah menghampiri arwah. Suasana tenang sahaja keluarga dan rakan-rakan melihat arwah. Tidak kedengaran tangisan yang keras di dalam bilik itu.

Saya mendekati arwah. Subhanallah..sukar untuk digambarkan..hanya melihat akan kebesaran Allah swt kepada kita yang masih hidup ini. Wajah arwah..Ya Allah..sukar untuk saya bayangkan, wajah arwah berseri-seri..bersih..seperti sedang lena tidur. Berkali-kali mata saya memandang arwah, Subhanallah..inilah yang dikatakan rahmat Allah. Arwah pergi di hari barokah iaitu hari Jumaat, disahkan lemas..sungguh bertuah arwah dijemput dalam keadaan yang sangat menenangkan. Saya percaya rakan-rakan yang selalu bersama-sama arwah lebih mengenalinya.

Saya membaca luahan hati rakan-rakan yang mengenali arwah di facebook. Rata-rata terkejut dengan pemergian arwah yang disifatkan mereka seorang yang baik hati. Seorang yang mudah senyum. Seorang yang menyenangkan hati semua orang. Mungkin itulah petunjuk dari Allah swt kepada kita semua, pemergian seorang yang baik berwajah bersih dan suci. Luahan ini sekadar mengingatkan akan diri saya sendiri kepada suatu kehidupan akan kekal suatu hari nanti. Kepada arwah..saya sedekahkan surah Al Fatihah dan semoga Allah swt merahmati selamanya.




Thursday, December 12, 2019

Realiti atau fantasi..

PASIR MAS - Jauh di sudut hati tersimpan sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Dunia nyata atau fantasi. Akan tetapi kekadang aku bisa menyentuhnya. Hanya hati dan perasaan yang dapat dimengertikan. Entahkah ada entahkan tidak. Jika difikirkan sedalam-dalamnya, perlukah aku meneruskan kehidupan sebegini? Akan tetapi terlalu sayang untuk melepaskannya. Antara pilihan dan masa hadapan. Masya Allah mengapakah ada perasaan ini. Suatu perasaan yang tidak seharusnya ada di dalam fikiranku yang aku tahu suatu hari nanti aku tidak boleh lagi menoleh kebelakang.

Aku coret suatu kisah yang membawa kepada suatu pengkhisahan yang entahkan boleh diterima atau tidak oleh masyarakat di luar sana. Namun suatu kisah yang telah menimbukan suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan sebelum ini. Letih minda setiap kalu terlintas akan figura itu. Seakan-akan pintas di hadapan dan mata dengan cepat fokus kepada figura itu. Sesungguhnya belum ada suatu perasaan itu yang benar-benar meruntum jiwa yang konflik.

Arrghh...

                                                                  ..bersambung..

Monday, December 9, 2019

Berjinak-jinak dengan basikal

LUBOK JONG - Rakan-rakan telah lama melayan basikal. Saya tidak. Sejak akhir-akhir ini timbul pulak tabiat untuk naik basikal. Orang kata..'Orang Tua Buang Tabiat'. Tapi tidak apa ini semua perkara-perkara yang boleh memujuk jiwa. Bukan merajuk..tapi sekadar ingin berkata-kata.
Basikal Hibrid Kesayangan Ku..hehe..sedikit masa lagi. Insya Allah.


Mengintai Ke Alam Bharu

LUBOK JONG - Setelah sekian lama menghabiskan masa di alam media, saya bertekad untuk mengembalikan kehidupan saya sebagai seorang ketua keluarga, ayah, pekerja dan NGO. Setiap hari menghadap FB, Twitter, Insta sudah seperti tidak lagi mempunyai kehidupan yang normal. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu politik dan isu gila glamor masuk ke dalam FB saya. Jadi, inilah masanya saya perlu beralih kepada suatu yang lebih memberi manafaat kepada saya dan keluarga. Walaubagaimana pun, saya telah mencipta FB baru yang lebih muda dan mudah-mudahan tidak akan ada lagi isu-isu politik dan orang-orang gila glamor masuk ke dalam FB saya.

Menurut analisis data, saya menghabiskan sekurang-kurangnya 3 jam sehari berhadapan dengan pelbagai media sosial. MASYA ALLAH. Solat pun tidak sampai 5 minit. Bayangkan 3 jam banyaknya masa saya habiskan di hadapan muka buku yang tidak ada muka lagi. Maaf kepada rakan-rakan FB yang membaca blog ini dan tidak lagi terjumpa akaun FB lama saya. Bukan berhasrat untuk menjadi anti-media sosial tetapi sekadar memujuk jiwa untuk tidak lagi mengejar dunia semata-mata.

Suatu bentuk penghijaran perlu saya lakukan sebelum menghadap Ilahi , sang Pencipta yang perlu kita kembali tidak kira walau dalam keadaan mana sekali pun. Saya tidak mahu lagi melihat 'posting' poltk dan indivdu yang gila glamor yang secara tidak langsung mengetik catatan ketidak puasan kepada satu-satu pihak. Maka, biarlah mereka terus mengejar pangjata dan harat di Fb orang lain dan tidak di FB saya. Begitu juga tidak akan ada lagi saya dengar cerita-cerita masyarat yang boleh menimbulkan fitnah yang boleh buat dosa kering yang pastinya akan dihisab di alam akhirat.

Kepada yang terus mabuk media sosial, teruskan apa yang anda cari. Nanti suatu hari anda akan merasa seperti saya sudah tidak ada lagi yang menarik di dalam media sosial itu. Saya hanya akan mengambil sedikit mungkin info-info sebagai panduan dan kerja-kerja hakiki saya. Untuk terus menjadi netizen, Insya Allah...TIDAK..