LUBOK JONG - Setelah sekian lama menghabiskan masa di alam media, saya bertekad untuk mengembalikan kehidupan saya sebagai seorang ketua keluarga, ayah, pekerja dan NGO. Setiap hari menghadap FB, Twitter, Insta sudah seperti tidak lagi mempunyai kehidupan yang normal. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini terlalu banyak isu politik dan isu gila glamor masuk ke dalam FB saya. Jadi, inilah masanya saya perlu beralih kepada suatu yang lebih memberi manafaat kepada saya dan keluarga. Walaubagaimana pun, saya telah mencipta FB baru yang lebih muda dan mudah-mudahan tidak akan ada lagi isu-isu politik dan orang-orang gila glamor masuk ke dalam FB saya.
Menurut analisis data, saya menghabiskan sekurang-kurangnya 3 jam sehari berhadapan dengan pelbagai media sosial. MASYA ALLAH. Solat pun tidak sampai 5 minit. Bayangkan 3 jam banyaknya masa saya habiskan di hadapan muka buku yang tidak ada muka lagi. Maaf kepada rakan-rakan FB yang membaca blog ini dan tidak lagi terjumpa akaun FB lama saya. Bukan berhasrat untuk menjadi anti-media sosial tetapi sekadar memujuk jiwa untuk tidak lagi mengejar dunia semata-mata.
Suatu bentuk penghijaran perlu saya lakukan sebelum menghadap Ilahi , sang Pencipta yang perlu kita kembali tidak kira walau dalam keadaan mana sekali pun. Saya tidak mahu lagi melihat 'posting' poltk dan indivdu yang gila glamor yang secara tidak langsung mengetik catatan ketidak puasan kepada satu-satu pihak. Maka, biarlah mereka terus mengejar pangjata dan harat di Fb orang lain dan tidak di FB saya. Begitu juga tidak akan ada lagi saya dengar cerita-cerita masyarat yang boleh menimbulkan fitnah yang boleh buat dosa kering yang pastinya akan dihisab di alam akhirat.
Kepada yang terus mabuk media sosial, teruskan apa yang anda cari. Nanti suatu hari anda akan merasa seperti saya sudah tidak ada lagi yang menarik di dalam media sosial itu. Saya hanya akan mengambil sedikit mungkin info-info sebagai panduan dan kerja-kerja hakiki saya. Untuk terus menjadi netizen, Insya Allah...TIDAK..
Lubok Jong Post ialah blog penulisan peribadi yang menampilkan pelbagai coretan tentang pengalaman hidup, pandangan peribadi, serta ulasan terhadap isu-isu semasa. Blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian ilmu, renungan dan inspirasi, dengan harapan setiap tulisan yang diterbitkan mampu memberi manfaat serta membuka minda para pembaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kematian dan Seksa Kubur
KG SEBERANG MERBAU HILIR - Pada malam yang penuh keberkatan itu, Surau Kampung Seberang Merbau Hilir menjadi saksi kepada sebuah majlis ilmu...
-
KG BANGGOL STOL - Petang ini, Alumni SK Tok Sangkut telah berkesempatan menziarahi sebuah keluarga di Kg Banggol Stol. Lawatan ini diatur ol...
-
KG TOK SANGKUT - Pada petang yang barakah, saya, Khun Matt , bersama Cikgu Adnan , Pengerusi Alumni SK Tok Sangkut, berkesempatan menziarahi...
-
KG TOK SANGKUT - Pagi Jumaat yang barokah di Kg Tok Sangkut menjadi suasana penuh keceriaan apabila penduduk kampung berganding bahu mengada...

No comments:
Post a Comment