PASIR
MAS – Tenang rasanya takkala setiap kali bersolat. Mudah-mudahan solatku lebih
berkualiti daripada yang sebelumnya. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka
selagi mana belum sampainya kiamat. Pengakhiran dunia sesuatu yang pasti.
Harini tidak sesiapa pun yang tahu kecuali Allah swt. Allah swt merahsiakan kedatangan
hari kiamat supaya manusia sentiasa bersedia untuk menemui kematian yang
pastinya akan dirasai oleh setiap insan yang bernyawa.
Menjenguk
ke jendela kehidupanku adalah suatu sejarah hitam yang sangat menjengkelkan.
Namun aku tetap berharap dan terus berharap dengan taubatku ini, akan diterima
oleh Allah swt untuk ke bawa ke akhirat kelak. Aku perlu kuat dan beristiqomah.
Bukan mudah untuk berhadapan dengan orang-orang di luar sana yang sentiasa
mengajak untuk melakukan kejahatan. Melangkah sahaja ke luar ada-ada sahaja
bisikan syaitan di telingaku. Subhanallah.
Aku
diberikan peluang kedua untuk menebus segala dosa yang pernah aku lakukan. Malu
pada diri sendiri. Namun aku tetap untuk bertaubat kerana aku pasti pintu
taubat masih terbuka luas selagi mata ini tidak dipejamkan buat selama-lamanya.
Syukur Alhamdulillah, aku masih sempat bermunajat dan memohon pada Allah swt
agar menerima taubat dari insan hina seperti aku.
‘Berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul’,
begitulah dapat aku ibaratkan akan keinginan ku untuk terus beristiqomah ke
jalan Allah swt. Rasa tenang semenjak aku menutup pintu hati ku kepada
kehidupan LARA di media sosial yang banyak menghasut manusia untuk melakukan
dosa. Itulah suatu cabaran besar untuk melakukan suatu penghijrahan. Namun aku
akan terus tetapkan hati untuk melakukan penghijrahan agar aku tidak terlewat
untuk melakukannya. Alhamdulillah, aku dapat merasakan ketenangannya.
Ketenangan berhadapan dengan Sang Pencipta sekalian alam. Ampunkanlah
dosa-dosaku Ya Allah.
No comments:
Post a Comment