KG CHENERAI – Mengenali arwah pertengahan 2019
ketika membeli tanjak di Kg Siram, saya tidak begitu mengenali arwah ini.
Namun, rakan-rakan arwah ada yang saya kenal. Arwah juga dikenali dengan
panggilan ‘Isey Bano’ kerana arwah
antara penggiat seni dikir barat yang bermain rebana ibu di dalam kumpulannya. Arwah
24 tahun disahkan lemas ketika gelombang banjir ke 2 melanda Kelantan.
Innalillah.
Perkhabaran di dalam group whatsapp pada awalnya saya
tidak cam arwah. Sehinggalah saya mendapat pengesahan dari sahabat arwah akan
pemergian arwah. Terkejut dan pemergian arwah di usia yang muda. Itulah
ketentuan dan janji Allah ‘setiap yang bernyawa akan merasai mati’. Tidak kira
tua atau muda, janji Allah bila tiba masanya pasti akan terjadi.
Selepas mendengar perkhabaran itu, saya bergegas ke
Hopistal Lati, Pasir Mas untuk menziarahi arwah. Walaupun saya tidak begitu
mengenali arwah, namun berita kehilangan arwah telah tersebar cepat di
laman-laman sosial. Tergerak hati saya untuk melihat sendiri arwah di bilik forensik.
Setelah menunggu selesai urusan di bilik forensik,
sekitar jam 11.30 malam, keluarga dibenar untuk melihat arwah. Saya mengambil
kesempatan untuk masuk dan melihat arwah. Subhanallah..dengan langkah perlahan
saya masuk bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan arwah menghampiri arwah.
Suasana tenang sahaja keluarga dan rakan-rakan melihat arwah. Tidak kedengaran
tangisan yang keras di dalam bilik itu.
Saya mendekati arwah. Subhanallah..sukar untuk
digambarkan..hanya melihat akan kebesaran Allah swt kepada kita yang masih
hidup ini. Wajah arwah..Ya Allah..sukar untuk saya bayangkan, wajah arwah
berseri-seri..bersih..seperti sedang lena tidur. Berkali-kali mata saya
memandang arwah, Subhanallah..inilah yang dikatakan rahmat Allah. Arwah pergi
di hari barokah iaitu hari Jumaat, disahkan lemas..sungguh bertuah arwah
dijemput dalam keadaan yang sangat menenangkan. Saya percaya rakan-rakan yang
selalu bersama-sama arwah lebih mengenalinya.
Saya membaca luahan hati rakan-rakan yang mengenali
arwah di facebook. Rata-rata terkejut dengan pemergian arwah yang disifatkan
mereka seorang yang baik hati. Seorang yang mudah senyum. Seorang yang
menyenangkan hati semua orang. Mungkin itulah petunjuk dari Allah swt kepada
kita semua, pemergian seorang yang baik berwajah bersih dan suci. Luahan ini
sekadar mengingatkan akan diri saya sendiri kepada suatu kehidupan akan kekal
suatu hari nanti. Kepada arwah..saya sedekahkan surah Al Fatihah dan semoga
Allah swt merahmati selamanya.
No comments:
Post a Comment