KG KELAWAR - Berusia 100 tahun, tubuh badan sihat dan masih boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran tanpa menggunakan cermin mata. Subhanallah..nikmat dari Allah swt yang sangat bermakna. Itulah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada seorang hambaNya yang berrnama Tijah Bt Latif yang tinggal di hujung kampung di daerah Pasir Mas, Kelantan.
Gambar: Tijah Bt Latif berusia 100 tahun duduk dihadapan pintu rumahnya sambil bercerita tentang kehidupan sebelum dan selepas kemerdekaan. Kredit gambar oleh Mr Kopikarat.Lubok Jong Post ialah blog penulisan peribadi yang menampilkan pelbagai coretan tentang pengalaman hidup, pandangan peribadi, serta ulasan terhadap isu-isu semasa. Blog ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian ilmu, renungan dan inspirasi, dengan harapan setiap tulisan yang diterbitkan mampu memberi manfaat serta membuka minda para pembaca.
Thursday, July 29, 2021
Lahir 100 tahun yang lalu, kisah kehidupan.
Saturday, January 30, 2021
Apakah kesudahannya...
LUBOK
JONG – Sukar untuk digambarkan akan kehidupan yang mendatang. Tiada siapa yang
menyangka dunia hari ini berubah sama sekali. Perubahan drastik. Manusia sedang
menanti-nanti apakah yang akan terjadi pada keesokkannya. Tidak terduga. Bencana
alam di awal 2021 telah banyak berlaku di seluruh dunia. Letusan Gunung Merapi
di Pulau Jawa mencetus suasana yang menakutkan takkala Merapi sering dikaitkan
dengan ‘kemarahan alam’. Saya pernah sampai di kaki Merapi pada tahun 2015 dan
melihat kemusnahan dashyat yang berlaku pada Oktober 2010.
Kehidupan
harian semakin mencengkam. Bak kata pepatah ‘kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang’, bagi yang merasaikannya. Apapun
bagi manusia yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka pepatah itu suatu
yang mustahil kerana mereka masih mempunyai talian hayat untuk terus hidup..tetapi..sampai
bila? Hari-hari mendatang pastinya sukar. Hanya mampu bertahan sebelum nyawa
dicabut oleh Allah swt. Maka takkala itu berakhirlah sudah hubungan manusia
dengan alam fana ini.
Jauh
disudut hati ku tersimpan sesuatu yang sukar untuk ku luahkan. Alhamdulillah
makan pakai keluarga masih lagi mampu aku sediakan. Bagaimana orang-ornag di
luar sana? Terdetik suatu keinsafan akan kekhilafan diri semoga Allah swt
sentiasa memberi rasa bersyukur dengan apa yang ada. Dunia semakin hari semakin
rumit. Nyawa manusia hilang berganti disebabkan oleh penyakit dan bencana alam.
Muncul pula nyawa-nyawa baru melalui suatu kelahiran yang akan meneruskan
kesinambungan hidup yang tidak pasti lagi akan keberuntunganya. Apapun setiap
nyawa yang dilahirkan pastinya akan disediakan rezeki oleh Allah swt. Itu janji
Allah.
Sejauh mana kehebatan manusia lagi. Dengan sekelip mata pendemik Covid19 telah mengorbankan hampir 2,218,394 juta orang di seluruh dunia. Sesuatu yang amat mengerikan. Mana perginya kehebatan manusia yang selalu dibangga-banggakan untuk menghapuskan sekecil-kecil virus. Ternyata manusia tidak mempunyai daya untuk melawannya. Sebenarnya ia telah merubah tamadun kehidupan manusia yang selama ini bersenang-lenang menikmati kehidupan. Kini semuanya telah terbatas. Kematian ummat manusia yang bukan disebabkan oleh peperangan atau bencana alam. Tidak terbayang di akal fikiran manusia yang waras akan semua yang sedang berlaku ini. Pastinya ada sebab musabab mengapa ia terjadi. Pasti..pasti ada.
Indahnya
menikmati matahari terbit dari sebelah timur dan begitu asyiknya melihat
matahari terbenam ke barat. Itu dulu. Sekarang tidak lagi. Keindahan itu tidak
lagi boleh dinikmati dengan aman kerana pergerakan manusia telah dibataskan. Pemandangan
itu hanya boleh dinikmati di dalam rumah melalui youtube. Sungguh aneh dunia
pada hari ini. Komputer telah menguasai manusia. Apa sahaja bergantung harap
kepada komputer dan internet. Bayangkan suatu hari alam semesta tidak lagi
dapat dihubungkan melalui internet. Suatu lagi bala betapa ummat manusia yang
akan kita lalui. Subhanallah semoga sedikit luahan perasaan ini boleh dijadikan
ikhtibar buat kita insan yang daif di mata Allah swt.
Kenangan buat adik tersayang
LUBOK JONG – Lama tidak menulis. Kali terakhir artikel saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan bermula sekitar bulan Mac 2020. Tahun milinium yang penuh kenangan buat saya dan keluarga. Adik kesayangan kami Mohd Izzat telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 10 November 2020. Suatu kehilangan yang sangat dirindukan.
Apakan daya Allah swt lebih menyayangi arwah. Sehari sebelum pemergian, arwah menghubungi seorang abang di Pulau Pinang. Mereka berdua lama bersembang seolah-olah lama benar ingin berpisah. Arwah juga selalu menyebut akan soal kematian. Sayu pilu aku mendengar cerita seorang lagi adik yang dihubungi arwah sehari sebelum pemergiannya seolah-olah tahu arwah akan meninggalkan kita semua.
Sejak
pemergian arwah aku tidak pernah buka ‘fecebook’
arwah. Mata ini belum mampu lagi untuk melihat wajah-wajah arwah di mukabuku.
Suatu perasaan yang teramat dalam masih belum dapat aku padamkan apatah lagi
aku menguruskan jenazah arwah. Begitulah episod akhir kehidupan. Dunia tempat
persinggahan dan akhirat tempat kekal. Hasrat arwah untuk bertemu arwah ayah
dan ma akhirnya telah tercapai. Arwah tenang di sana bersama-sama kedua-dua
arwah ayah dan ma. Cepat masa berlalu. Allah swt telah mengaturkan
segala-galanya tanpa sedikit pun terlewat atau cepat dari apa yang
diaturkannya.
Arwah
mula mengikut kumpulan dakwah sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak kedua-dua
arwah ayah dan ma, arwahlah yang tinggal di rumah pusaka. Aku pun jarang balik
ke rumah arwah. Sedih rasanya tidak dapat memeluk arwah ketika masih hidup. Aku
memeluk arwah setelah arwah tidak lagi bernafas terbujur kaku dan ketika kain
kafan mula ditutup..aku mencium arwah..Ya Allah..sebak rasanya dada aku, namun
begitu menurut cakap-cakap kenalan, arwah seorang yang baik hati dan suka
menolong jemaah ketika mereka bersama-sama. Terdetik di hati ini untuk
mengetahui pengalaman arwah ketika bersama-sama jemaah.
Beberapa
hari selepas pemergian arwah, aku mencari kenalan-kenalan arwah. Ada juga
kenalan arwah yang pernha datang ke rumah bersama-sama arwah. Banyak
peninggalan arwah diinfakkan kepada kenalan-kenalan arwah. Itu adalah di atas
permintaan arwah sendiri. Ya Allah..lemah-longlai jari-jemari aku untuk
menulis..(Al-Fatihah). Arwah adik bongsu dari 12 beradik. Tiada lagi gelak-tawa
arwah dapat aku lihat. Tiada lagi kelibat arwah datang ke rumah. Yang ada
hanyalah kenangan yang mampu mengubat hati yang lara. Andainya arwah ada..aku
nak peluk arwah sekuat-kuat sepuas-puasnya...
Tenanglah
wahai adikku di sana. Pemergianmu banyak menyedarkan aku. Kehidupan sederhana
sebagai jemaah dakwah adalah suatu kehidupan sebenar. Aku hidup hampir setengah
abad. Belum pernah lagi mendekatkan diri dengan kerja-kerja dakwah tetapi arwah
telah lama menjalani kehidupan bersama-sama kumpulan dakwah. Subhanallah. Manis
sekali kehidupan sederhana bersama-sama golongan yang meneruskan kerja-kerja
dakwah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Itulah bekalan yang bakal
menjaga kita di dalam kubur yang gelap gelita.
Izzat..abang
din sayang Izzat. Tariklah abang din bersama-sama Izzat ke dalam syurga nanti.
Kita bersama-sama arwah ayah, ma dan keluarga yang lain. Aku tidak berfikir
panjang untuk turut serta dengan jemaah yang pernah mengenali arwah. Abang din
telah tunaikan segala hasrat Izzat untuk menginfakkan segala peninggalan kepada
kenalan dan jemaah yang pernah diikutinya. Insya Allah..abang din sedang membantu
membangunkan sebuah maahad tahfiz di satu lokasi yang sangat aman damai.
Mudah-mudahan Allah swt menerima usaha abang din ini sebagai sedekah untuk
arwah ayah, ma dan izzat.
Friday, August 14, 2020
Din anak syurga..rindu belaian ibu.
KG TOK DERPAH – Melangkah
masuk ke sebuah rumah usang, rumah yang dahulunya terdengar gelak tawa
adik-beradik dan suara ibu takkala sibuk memasak di dapur. Tetapi kini itu
semua menjadi kenangan yang tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Kenangan
yang akan dilipat kemas di dalam lipatan sejarah. Gemuruh jantung ku takkala
pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini. Entah seperti ada sesuatu yang
rasanya bisa menjentik jiwa dan perasaan. Masih teringat kenangan arwah ayah
dan ibu ku. Rumah pun usang tanpa gelak tawa ibu dan ayah.
Berada di jauh sudut
masuk ke dapur, terlantar sosok tubuh anak muda berusia 19 tahun. Kulit cerah
dan tampan pernah di belai oleh arwah ibunya suatu dahulu kala. Menangis anak
muda kurang upaya ini takkala dimaklumkan oleh ayahnya ketika ibunya dijemput
Ilahi. Hilang sudah tempat bergantung harap, tempat mengadu kasih seorang ibu
dan teman tidur takkala demam di malam hari. Subhanallah..hati ku tersentuh dan
pilu. Pemergian ibu tercinta kira-kira 3 tahun yang lalu. Tiada lagi dapat
merasa sentuhan tangan seorang ibu.
Namanya cantik iaitu
Che Kamaruddin. Hanya boleh menyebut nama Ayah..ayah..ayah. Ayahnya mujur masih
lagi segar diusia 73 tahun yang menjaga makan minum anaknya itu yang dibiasakan
dengan panggilan ‘Din’. Ada 3 lagi
adik-beradik yang tinggal bersama-sama Din. Mereka bekerja kampung dan hidup
juga dalam kedaifan. Makan jarang sekali masak. Lama sudah tidak merasa masakan
seorang ibu. Tiada lagi kari ayam atau ikan singgang dari air tangan seorang
ibu. Aku dapat bayangkan akan kerinduan mereka adik-beradik termasuk Din akan
ibu mereka. Belum puas mereka menagih kasih sayang seorang ibu. Apakan daya
Allah swt lebih menyayangi insan itu dan mereka tetap akan teruskan kehidupan
walau sepahit manapun.
Din bergantung harap
kepada ayahnya yang masih lagi mempunyai kudrat untuk menjaganya. Mudah-mudahan
ayahnya terus dirahmati oleh Allah swt dengan kesihatan yang baik. Menurut
ayahnya, dia akan membeli nasi bungkus, air dan kalau ada lebih kuih-muih untuk
Din yang tidak mampu berjalan hanya menggensot di tepi anjung menghala ke
dapur. Luluh hati ku pertama kali melihat keadaan Din. Pakai tidak akan lekat
di badan kerana dia akan mencabut pakaian itu.
Din akan minum menggunakan
botol susu seperti kanak-kanak kecil. Bayangkan umur 19 tahun jika dia tidak
sakit aku pasti dia kini sedang melanjutkan pelajaran ke menara gading ataupun
mampu bekerja. Kini nasibnya hanya bergantung kepada ayah dan adik-beradik.
Subhanallah..“berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikul”. Tiada lagi kata-kata yang boleh aku gambarkan
ketika sekelumit cuma berada di rumah itu. Hilang akal fikiranku. Rasa syukur
menerjah ke dalam lubuk hati ku takkala aku dilimpahi rezeki dari Allah swt,
akan tetapi keluarga ini hidup di dalam kedaifan. Ya Allah..
Bagaimana kita boleh
merasa bangga akan apa yang kita ada? Sedangkan insan lain seperti Din tidak
mempunyai apa-apa hanya belas kasihan ayah dan adik-beradik. Aku berharap ayah
dan adik-beradik akan terus menjaga Din walau dalam keadaan mana sekalipun. Ibu
telah lama pergi. Tiada lagi kedengaran suara ibu apatah lagi untuk merasai
tangan kasar seorang ibu memandikan Din dan menyuapkan nasi untuk Din. Kita
yang masih mempunyai ibu..sedarlah..hargai ibu..takkala masa tiba baru kita
tahu dan sedar akan kehidupan tanpa seorang ibu di sisi bagaikan kebun yang
luas tanpa buah yang manis.
Menziarahi Din
banyak memberi keinsafan kepada ku. Betapa banyak rezeki Allah swt untuk kita
ucapkan rasa syukur. Subhanallah..aku selalu pesan pada hati agar sentiasa
memulakan hari dengan bersyukur.
“Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Din
anak syurga. Kita yang sempurna tidak tahu lagi untung nasib di alam sana.
Hanya amalan sedekah jariah bisa membantu menemani di alam yang gelap gelita.
Subhanallah.
|
Detik waktu terus berjalan Seribu mimpi, berjuta sepi Meski 'ku rapuh dalam langkah |
Hanyalah pada-Mu Maafkanlah bila hati Meski 'ku rapuh dalam langkah |
Insya Allah, setelah saya dan rakan NGO
menziarahi Din, kami bersetuju akan mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari
Sabtu 22hb Ogos 2020 pada jam 9 pagi. Kepada mana-mana insan yang prihatin
ingin memyertai kami, boleh terus bersama-sama kami pada hari tersebut.
Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk kewangan atau barang-barang yang
difikirkan perlu untuk membersihkan rumah ini dan menggantikan apa yang patut.
Berikut beberapa barang yang akan
dibelikan dan memerlukan sumbangan pembaca dan juga netizen diluar sana.
1. Segulung tikar getah
2.
Lampu LED panjang 4
3.
Alas meja 2 keping
4.
Kerusi plastik 4
5.
Toto 4
6.
Bantal dan sarung bantal 4
7.
Kain selimut 4 helai
8.
Alas kaki 5 keping
9.
Baldi 2
10.
Kelambu 3
11.
Tali rafial
Sumbangan untuk barangan membersih rumah juga diperlukan seperti penyapu, baldi, sabun, mop, bulu ayam dan apajua yang difikirkan perlu. Insya Allah kita akan bantu keluarga daif ini.
Sunday, June 21, 2020
Dapur Kayu kembalikan zaman dahulu kala..
| Dapur Kayu Tradisional di channel Mr Kopikarat. Dapur kayu mengembalikan zaman dahulu-kala dan mengingatkan kemabli ketika arwah ibu dan ayah. |
![]() |
| Arwah Ma dan Ayah semoga dirahmati oleh Allah swt. |
Friday, May 29, 2020
Hati dan perasaan seorang ibu...
| Kaku jari-jemari ku untuk menulis...hilang arah tuju..
Foto Mr Kopikarat
|
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Sang suria 'kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau 'kan pasti
Pergi jua
Wednesday, May 13, 2020
Pagi yang mendamaikan..
![]() |
| Subhanallah. |
Kematian dan Seksa Kubur
KG SEBERANG MERBAU HILIR - Pada malam yang penuh keberkatan itu, Surau Kampung Seberang Merbau Hilir menjadi saksi kepada sebuah majlis ilmu...
-
KG TOK SANGKUT - Pada petang yang barakah, saya, Khun Matt , bersama Cikgu Adnan , Pengerusi Alumni SK Tok Sangkut, berkesempatan menziarahi...
-
KG TOK SANGKUT - Pagi Jumaat yang barokah di Kg Tok Sangkut menjadi suasana penuh keceriaan apabila penduduk kampung berganding bahu mengada...
-
REPEK - Pada tanggal 20 Oktober 2025 , sempena cuti umum Deepavali , sekumpulan penunggang motosikal dari seluruh Kelantan telah mengadakan ...






















